Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Showing posts with label SayaIfuays. Show all posts
Showing posts with label SayaIfuays. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Eidul Mubarak !



Eidul Mubarak !

Aku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dekat semua yang mana aku buat salah dan silap sama ada aku sengaja atau tak sengaja. Minta halal makan minum dekat semua yang sudi memberi. Duit raya tahun ni aku rasa mungkin dah kurang untuk aku collect memandangkan aku dah masuk 20++.

No Mercun No Raya !!!

Monday, April 25, 2011

Oh

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...






Lama gila tak on blog jadah ni. Siyes bz ntah knape, rasa bosan sangat bila time2 terluang, tak dapat diisi dengan blog typing... Well, kemudahan aku kat sini terhad, dan aku malas bawa laptop aku, sebab kalau kantoi payah, lagi-lagi bila dah tinggal satu je laptopnya ...


Aku nak sangat selalu update blog aku supaya dapat up traffic, malangnya masa memang takde, tapi aku rasa, memang takde orang nak baca sangat blog aku... Haih...


Sekarang dah nak exam, well, kena la bahagi2 masa dengan baik..


notakaki :: semakin lama semakin jarang update, sorry readers. aku akan try curi masa untuk blog aku ni :)

Saturday, April 16, 2011

Celah Langit

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...


Semua orang aku perhatikan, sibuk dengan hal mereka masing-masing. Satu lumrah, kata orang " jangan sebok kain orang lain". Well, aku rasa itu salah, sebab, belum tentu lagi semua orang mahu sendirian, bahkan, ada di antara mereka sangat dahagakan perhatian. So, apa salahnya kita "sibuk dengan kain diorang" ?

Tapi ada satu hal yang buat aku geram, aku nak tolong dia, tapi, dia boleh cakap, jangan sibuk boleh tak, tapi masalahnya, aku tau, camne nak selesaikan masalah dia tu. Tapi tak kesah la, sebab bukan dia je yang aku boleh tolong, ramai lagi kowt.

Pertolongan tak perlu balasan, cuma perlu dihargai, kalau hati, boleh dicintai, boleh dicuri, dan juga boleh disakiti, tapi tak boleh diberi sesuka hati (kecuali derma organ hati tu.) Tapi, aku rasa, aku nak beri hati aku pada sesuatu yang boleh buat aku rasa tenang, setenang sewaktu aku dekat dengan-Nya. Tapi, aku rasa macam nak lagi, nak lagi rasa tenang tu, dengan apa aku tak tau, yang pasti bukan dadah or rokok macam ada sesetengah orang fikir. Aku bukan macam tu. Mungkin dengan teruskan kegilaan aku tangkap gambar yang aku rasa aku sorang je boleh explain gambar-gambar tu. Haha

notakaki :: bila tengah bosan, merepek merapu jadi taruhan. Terima kasih siapa2 yang baca, ada cadangan tak nak hilangkan bosan ? sila komen ok :)

Tuesday, March 15, 2011

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


Sudah sekian lama bermuram durja
akibat dari berukband durjana
keluh kesah hampir sepurnama
bahana problem berukband angkara
bait kiasan bak orang histeria
bila berukband pulih sediakala
namun hati masih belum riangnya
mengenang blog masih belum ada entri barunya


Aku rasa sedih bila dapat tahu, berukband aku jahanam, memang rasa nak maki sana sini walau aku tahu takde faedah maki maki ni. Memandangkan ibu aku melihat perihal anaknya seperti kambing mencari bidan untuk beranak, ibu aku dengan sangat penyayangnya terus hantar kedai berukband aku tu. Bila dah pulih, tak buang masa, terus aku pergi blog untuk diupdate. Bukan apa, bimbang rating jatuh (walaupun memang takde sangat orang nak bukak).


Orang sibuk bercuti, aku plak kelas memanjang, demmit. Tapi aku tak kisah, untuk berjaya mesti la perlukan pengorbanan kan ? So, you can do it bebeh..


notakaki :: gua lapar, ada sape nak teman gua makan meggi ? sorry la, sekarang tengah gian meggi. so meggi je ada. till next time, babai

Saturday, March 12, 2011

Asing

Bismillahirrahmannirrahim... Assalamualaikum w.b.t...


"True photographers dont just take pictures..they make pictures..take and make is a two different things..take is ambik and make is buat..so ambik and buat is tak sama you know? so i don wan to speak long-long before you olls go gelong..kongklusion is,let the photo below talk to you itself..if you dont paham jgk,there must be some miscommunikesyen..thats why pentingnya english edukaysyiennn ye nokk nook sekalien" -Ell Zulkarnain-


Ditankap direman di asrama empat belas hari
bagai orang gila, menari nari
tapi kini aku dah bebas berlari
mencari ketenangan bersama sang biri biri
10 orang anak keling main kejar-kejar rerama,
Sorang mati dilanggar treler laju.
Sudah dua minggu aku direman di asrama,
kini aku bebas dengan jaminan rm2000 selama seminggu.


Kenapa aku madah mention about reman. Kau tahu ke apa itu reman. Aku rasa kau faham, tapi tak tau. Konnferm. Ini adalah kerana, sudah dua orang gangster dah kena buang dari asrama gara-gara terbang fly menyaksikan perlawanan orang menendang benda bulat kesana-kesini. Maka, aku telah diambil keterangan, dan aku dengan panjang lebar menerangkan, "sorry, gua tak tau la". Well, lebih kurang gitu la tutur bicaranya. So, aku dah safe. Namun, aku rasa, lepasni, mesti aku akan jadi candidate untuk ditemuramah bila-bila masa berkenaan gejala sosial yang berlaku di asrama yang kian meruncing gamaknya. Cis bedebah.


notakaki :: gua dah balik, buka blog, rating jatuh, demmit !!

Saturday, February 26, 2011

친구 - Friends

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...

Them. Kenawar, walaupun ada sorang sesat :) . teehee~

In a comparison of personal relationships, friendship is considered to be closer than association, although there is a range of degrees of intimacy in both friendships and associations. Friendship and association can be thought of as spanning across the same continuum. The study of friendship is included in the fields of socialogy, social psychology, antrophology, philosophy, and zoology. Various academic theories of friendship have been proposed, among which are social exchange theory, equity theory, relational dialetics, and attachment styles.

Tapi bagi aku, aku rasa, kawan adalah golongan terpenting dalam hidup seseorang individu. Melalui kawan kita boleh tahu seseorang tu macam mana. Kalau baik, baik la individu itu, begitu juga sebaliknya. Dan, aku, aku ada kawan yang paling hebat di cakerawala ini, dan aku bangga ada diorang. Well, aku shorlistkan nama2 diorang::
Amirul Amir, Haziq Dhiya', Afifee, Syafiq, Syazwan, Asyraf, Azlan, Safwan, Afif, Huzairi, Syamil, Syihab, Fadlee, Ainul, Lokman, Fethi, Safwa, Aqira, Maizatul, Safiqa, Fadhleen, Fatin, Faridah, Naemah, Filzah. (kalau takde tu aku rasa aku lupa laa.)

Well, friend, our destination is still far away, to achieve that something we have been dream is right in our path, so, do it well, than we will get thing that we want, insya-Allah. Good luck friends...

notakaki :: gua rasa gua dah ada kawan terbaik, lu orang ?

Friday, February 25, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


Aku dah balik. Lepas 3 kurun minggu aku kat asrama tuh, akhirnya aku terbang bebas semula. Hello world !

notakaki:: kaw tengah buad apa tuh?

Sunday, February 6, 2011

Celaka

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Ini adik aku, dia kacak winsome

Well, aku nak kena balik hostel, memang malas, tapi, aku kena balik juga, sebab aku masih belum capai apa yang aku angankan. Persetan kemalasan, nah aku datang asrama.

notakaki :: naik apa balik asrama ?

Wednesday, February 2, 2011

Stranger

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...




Kadang-kadang, bahkan orang yang kau cintai tidak membuat kau tersenyum. Ironisnya, orang yang membuat kau tersenyum, tertawa dan bahagia adalah bukan orang yang kau cintai. Fikirkan dengan lebih bijaksana. 


Jadi, kau tengah senyum kah ?


notakaki :: senyum boleh berjangkit, bila semua orang senyum dunia tiada penyakit. senyum !

Monday, January 31, 2011

Bini gua bersalin

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


Gambar tiada kaitan dengan entry




Lama gila aku tak update rasanya, sampai ada orang tanya-tanya gak, asal tak update...Pemalas. Tak kowt. Cuma tak tau nak tulis apa. So, kaw rasa sekarang aku dah tau nak tulis apa ???


Cerita pasal 2 minggu aku kat asrama lepas, rasa-rasa biasa je, takde apa yang menarik kecuali beberapa orang telah terpilih untuk menyambung pengajian mereka kat SBP yang tertentu. So, aku harap semua berjaya walau kat mana diorang berada dan untuk yang ditinggalkan, jangan sedih-sedih doe, diorang bukan mati ke apa ke, diorang pergi belajar kat tempat lain je. 


Sekarang tengah cuti sempena GongXiFaChai, maka, sepatutnya cuti kowt ? Tapi... makin banyak kerja ada la, dengan kelas pakat berjam-jam berhari-hari, memang tension gile ! Grrrrrrrrrrrrr, weyh, ada cara hilangkan tension aku ? Tolong roger-roger ok ! Serius perlukan nasihat...!


Oh ya, aku ada beli handphone baru lagi, tapi takde la baru sangat well at least boleh gak aku contact2 ngan mesej2. Tapi tak tau aku nak mesej sape. So, biarlah. Kalau korang nak aku mesej2 korang, kasi tau kaw punye hp number. Aku tak kisah..


So, assigment nak kena buat, jadi, aku berhenti dulu. Panjang gak aku taip... Sape baca sampai habis tepuk tangan sendiri. Tengs


notakaki :: aku rasa sekarang nak makan coklat la. Beryl's ! Korang rasa title tu awesome tak ?

Saturday, January 1, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


2011. Tahun penting untuk aku. STPM akan tiba. Maka, semua kegiatan online akan terhad. Akan bersawang la blog ini tapi aku akan usaha untuk sentiasa update sekerap mungkin. Jadi. beberapa sekatan telah dikenakan juga keatas aku seperti, tiada handphone, tiada keluar malam, masuk penjara asrama, balik 2minggu sekali, duit belanja akan dikurangkan bagi digunakan untuk membeli buku2 rujukan dan beberapa perkara lagi. Aku rasa ini semua untuk kebaikkan aku jadi aku akan buat apa yang sepatutnya aku buat. 

to the right please


notakakitangankusut :: babai semua buat sementara waktu. Doakan aku weyh. Until then, alpha, mike, foxtrot, ADIOS AMIGOS ~

Tuesday, December 21, 2010

Award kata gua itu Anugerah.

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


Hari berlalu seperti biasa, seperti kata sepi yang jadi prinsip aku, just follow the rythm and you'll always be fine. Balik dari kerja, penat lelah dilupakan dengan menghadap lappy, buka ini blog yang dah bersawang. Kemudian ushar chatbox ada satu mesej dari BA (blogger awesome), En. Umar.


"Sila dtg amek awrd yer :) "






Sebelum-sebelum ni aku rasa pernah dapat award tapi tak tau camne nak rembat dari blog blogger yang bagi tuh. Then, sumday aku tanya lagi sorang BA yang agak terkenal. Dia kata...


"Rembat cam biasa rembat gambar orang"


Baru aku tahu...


notakakitangandanotakyangserabut :: Gracias Enchek Umar !


notakaki :: anda, anda, anda dan anda yang awesome kerana selalu ushar blog saya boleh rembat award ni gak ! silakan :)

Friday, December 17, 2010

Kapal Terbang Kertas Manual

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


Ok, abaikan gambar. Takde kaitan dengan entri.

Aku rasa makin lama kan makin bosan duduk rumah, walaupun aku kerja, still bosan. Then, aku try la cari satu hobi yang boleh hilangkan bosan. Iaitu, buat origami planes. Jadi, sape-sape yang ada idea untuk buat origami planes selain apa yang aku dah ada, kasitau huh !

notakaki:: makin bosan main lipat2, pastu campak kat bakul sampah kat sebelah almari ni...

Friday, December 10, 2010

That Girl Is SyPy ~

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum .w.b.t...

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful...

Ok, entri ini pasal seorang budak awesome yang lost contact dengan aku pasal busy dengan life masing-masing. Pastu hp aku lak kena rampas pinjam warden aku, then tak dapat balik... Entah kenapa selalu on BukuMuka tapi still tak reti-reti nak minta num dia balik...

Then, aku rasa macam bosan je sebab dulu boleh mesej-mesej dengan dia, calling-calling dengan dia, borak-borak dengan dia, and selalu cakap entah pape dengan dia. Hahahahaha, and, satu malam (2 hari lepas) tu aku minta la num dia balik terus dapat, terus aku misscall tapi sengal sangat dia pergi angkat. Doyh !

Now, aku rasa dah tak lost lagi, tengs to her. You're awesome la yank...hehehe. Takde la aku bosan lagi malam... Madah jenjalan sorang-sorang bawah bulan dan bintang-bintang. Tengok kereta lalu-lalang. Cari embun padahal baru pukul 2 pagi. Balik rumah pukul 2-3 pagi sampai mum aku membebel. Tapi sekarang dah tak, semua sebab dia. 

Later, i hope lepas niyh kita tak lost contact lagi ok. Aku harap sangat kekal dan aku also hoping dapat more than what you have gives to me. Hahahahaha. Owh ya, semalam aku text-text dengan dia sampai pukul 0002am, dua-dua tertidur, hahahahahaha sengal.

notakaki::kejut awak* pagi-pagi solat subuh. hahahahaa, suara malas. hahahahahaha. * panggilan baru pakai awak2 boleh ?

Tuesday, October 26, 2010

Easy

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Paper hari ni sangat mudah, semudah aku menulis blog. Kertas itu telah menjadi misery !



Kertas itu ialah kertas ::

SEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA !!!

sumpah susah gile mudah...

notakaki :: Ya Allah, berikanlah aku ketabahan menghadapi cubaan di dunia ini dengan tenang dan sabar, Amin Ya-Rabbal Alamin... LOLS

Thursday, October 21, 2010

Selamat Hari Lahir !

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...




Hari ini, 22 october 2010, hari jadi aku yaw ! So, hadiah mana ? Cepat la weyh, tak sabar nak rabak-rabakkan pembalut hadiah kemudian dengan rakus koyakkan plak kotak hadiah tu, dan akhirnya dengan cermat simpan hadiah tu. So, MANA BHAIII ?

notakaki :: orang tu jadi yang pertama wish, best2...

Saturday, October 16, 2010

*speechless...


Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Errrr. Terkezut aku, serius. Umurnya baru 16 tahun tapi dah kahwin ! Tipu ? Serius doe. Giler larhh. Awal giler kowt, aku ni dah 18 tahun takde pown orang datang minang ( sila sepak ). Tapi bila fikir2 balik, alhamdulillah, benar larh, memang betul larh, jodoh pertemuan di tangan Tuhan yang maha Esa. Subhanallah.


Tak percaya lagi ke ? Tekan. 


Tahniah ya ! Minta-minta dipanjangkan jodohnya kekal hingga akhir hayat korang, mendapat zuriat yang soleh dan solehah, bahagia hingga ke akhir hayat, insya-Allah. Amin Ya-Rabbal Alamin.

Ehh, budak umur 16 tahun pown dah kahwin, member aku sorang ni bila plak ya ? Dah janji nak jemput aku sebagai VIP, bila ya cik BUBBLE ???

notakaki :: Aku ni bila pulak ? still tunggu bidadari kayangan aku. datanglah weyh, penat ni tunggu tauk ! Ahakz !

Wednesday, October 13, 2010

Keindahan itu ...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Aku suka keindahan, aku suka kecantikan dan aku suka kesempurnaan...

Aku tak suka penipuan, aku tak suka keburukan dan aku tak suka kebencian...

Jadi, mulai sekarang, aku nak semua orang tahu yang aku tak lagi benci kat sesape, sebab sebelum ni aku seorang manusia yang penuh dengan kebencian hatta dengan diri sendiri pown aku benci... tapi tu semua dah aku buang dekat dustbin kat belakang dorm ni...

Jadi, aku harap dengan perubahan ni aku akan dapat jumpa apa yang aku nak, dapat capai apa yang aku angankan dan dapat rasa perasaan yang aku impikan, insya-Allah...



...life is a journey that are so many things we should overcome with and also make sure we still be strong until the end of that long journey and hopefully i can achieved what i want in my journey...


notakaki :: aku sentiasa harapkan kejayaan dan kebahagian hari esok dengan percubaan hari ini yang sentiasa aku lakukan dengan habis baik, aku rasa...

Sunday, October 10, 2010

Aku akan bangun...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...

Aku dah terjatuh lagi...sakit... sangat sakit... dan air mata jantan terus menitik lagi... kau tak mengerti... alasan kau tak boleh diterima langsung... aku tak suka... tapi kau harus ingat... aku takkan patah balik... untuk kau.

Syaufi, kau kuat doe, kuatkan diri kau, hati kau, semangat kau... bukan lupakan tapi cukuplah sekadar simpan dalam lipatan sejarah hidup kau dan anggaplah yang dia sebenarnya adalah ujian tentang kematangan kau. Dan kau dah gagal, tapi mesti bangkit dan cuba lagi, sebab kau kan percayakan cinta walaupun tinggal cebisan-cebisan terakhir, kau mesti tau tak semestinya hubungan kau mesti berakhir seperti ibu dan ayah kau. Jadi, tegaslah, jangan fikirkan lagi buat masa sekarang kerana kau kena percaya cinta ada dimana-mana. Jangan pandang pada wanita kerana belum tentu dia ada cinta yang kau mahukan. Malah mungkin cuma mahu mempermainkan kau lagi jadi sekarang kau kena lebih berhati-hati.

Dan untuk dia... aku tau mungkin ada kesilapan dan kesalahan atas kebodohan dan kekurangan aku yang buat kau membuat keputusan camni. Tapi aku nak kau tau yang aku faham dan aku dah janji dengan kau kan, aku akan cuba lupakan kau dan bangkit. Dan aku harap kau akan pulih seperti sediakala dari kanser tulang kau dan semoga dapat jodoh yang jauh lagi baik dari aku yang serba-serbi penuh dengan kekurangan.

im all alone and let me continue it...


notakaki :: aku mungkin manusia lemah tapi aku punyai semangat kuat yang dapat terus memastikan aku berdiri gagah. dan mungkin juga dengan personaliti dan karakter aku yang mampu menutup segala kecamuk dalam hati aku. aku akan teruskan begitu.

Saturday, October 9, 2010

I Really Want To Say This To That Person...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Aku tak tahu kenapa aku nak sangat post menatang ni since a couple days ago. Aku rasa miserable gile doe. Taktau la.. mungkin aku sering pikirkan kau, mungkin tak boleh nak lupakan kau lagi, mungkin masih memerlukan kau, dan yang penting, mungkin aku betul-betul mahukan kau... tapi... aku tahu, mungkin, dan mungkin kau akan tidak terima aku lagi... tapi maaf aku lancarkan kat sini... aku tak boleh, nak ikut macam apa yang kau mahu, sebab... aku masih lagi CINTAKAN kau... masih lagi RINDUKAN kau, masih lagi FIKIRKAN tentang kau, dan SERBA-SERBI....KAU... FARAH ALWANI....


notakaki :: kalaulah aku dapat undurkan masa tu, aku nak kembali ke eurika nostalgia dimana kita bahagia bersama... aku ingin begitu...