Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Saturday, October 16, 2010

Ushar2...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Bosan. Jadi, terus aku arahkan tetikus biru ni ke arah myspace. Click, My Photos, Tag Photos. Ok, terjumpa gambar orang huduh cantiq. Cantik sangat. Hahahahahahahahahahahahahaha !


Harap Maaf, Gambar Dah Didelete, Orang Cantik Tu Tak Bagi Plak :)


Hahahaha, amacam ??? Cute kan ??? Ouh chumilnya, macam apa ntah ! Muahahahahahahahahahaha !

notakaki :: perkataan huduh tu saja je ditambah, hahaha, memang cantiq pown makcik aku ni. En2 ?



*speechless...


Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Errrr. Terkezut aku, serius. Umurnya baru 16 tahun tapi dah kahwin ! Tipu ? Serius doe. Giler larhh. Awal giler kowt, aku ni dah 18 tahun takde pown orang datang minang ( sila sepak ). Tapi bila fikir2 balik, alhamdulillah, benar larh, memang betul larh, jodoh pertemuan di tangan Tuhan yang maha Esa. Subhanallah.


Tak percaya lagi ke ? Tekan. 


Tahniah ya ! Minta-minta dipanjangkan jodohnya kekal hingga akhir hayat korang, mendapat zuriat yang soleh dan solehah, bahagia hingga ke akhir hayat, insya-Allah. Amin Ya-Rabbal Alamin.

Ehh, budak umur 16 tahun pown dah kahwin, member aku sorang ni bila plak ya ? Dah janji nak jemput aku sebagai VIP, bila ya cik BUBBLE ???

notakaki :: Aku ni bila pulak ? still tunggu bidadari kayangan aku. datanglah weyh, penat ni tunggu tauk ! Ahakz !

Thursday, October 14, 2010

Hey Soul Sister !!!

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...




owh ini en3 tentang adik chumil aku :)
aku sayang kau budak :)
sayang sangat sebenarnya, ahakz !


Sabrina Sharleen Rose Voorhes

notakaki :: haih budak, best la ada adik macam you, nakal ! hahaha. btw, ilysm ya !

Wednesday, October 13, 2010

Keindahan itu ...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Aku suka keindahan, aku suka kecantikan dan aku suka kesempurnaan...

Aku tak suka penipuan, aku tak suka keburukan dan aku tak suka kebencian...

Jadi, mulai sekarang, aku nak semua orang tahu yang aku tak lagi benci kat sesape, sebab sebelum ni aku seorang manusia yang penuh dengan kebencian hatta dengan diri sendiri pown aku benci... tapi tu semua dah aku buang dekat dustbin kat belakang dorm ni...

Jadi, aku harap dengan perubahan ni aku akan dapat jumpa apa yang aku nak, dapat capai apa yang aku angankan dan dapat rasa perasaan yang aku impikan, insya-Allah...



...life is a journey that are so many things we should overcome with and also make sure we still be strong until the end of that long journey and hopefully i can achieved what i want in my journey...


notakaki :: aku sentiasa harapkan kejayaan dan kebahagian hari esok dengan percubaan hari ini yang sentiasa aku lakukan dengan habis baik, aku rasa...

Sunday, October 10, 2010

Aku akan bangun...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...

Aku dah terjatuh lagi...sakit... sangat sakit... dan air mata jantan terus menitik lagi... kau tak mengerti... alasan kau tak boleh diterima langsung... aku tak suka... tapi kau harus ingat... aku takkan patah balik... untuk kau.

Syaufi, kau kuat doe, kuatkan diri kau, hati kau, semangat kau... bukan lupakan tapi cukuplah sekadar simpan dalam lipatan sejarah hidup kau dan anggaplah yang dia sebenarnya adalah ujian tentang kematangan kau. Dan kau dah gagal, tapi mesti bangkit dan cuba lagi, sebab kau kan percayakan cinta walaupun tinggal cebisan-cebisan terakhir, kau mesti tau tak semestinya hubungan kau mesti berakhir seperti ibu dan ayah kau. Jadi, tegaslah, jangan fikirkan lagi buat masa sekarang kerana kau kena percaya cinta ada dimana-mana. Jangan pandang pada wanita kerana belum tentu dia ada cinta yang kau mahukan. Malah mungkin cuma mahu mempermainkan kau lagi jadi sekarang kau kena lebih berhati-hati.

Dan untuk dia... aku tau mungkin ada kesilapan dan kesalahan atas kebodohan dan kekurangan aku yang buat kau membuat keputusan camni. Tapi aku nak kau tau yang aku faham dan aku dah janji dengan kau kan, aku akan cuba lupakan kau dan bangkit. Dan aku harap kau akan pulih seperti sediakala dari kanser tulang kau dan semoga dapat jodoh yang jauh lagi baik dari aku yang serba-serbi penuh dengan kekurangan.

im all alone and let me continue it...


notakaki :: aku mungkin manusia lemah tapi aku punyai semangat kuat yang dapat terus memastikan aku berdiri gagah. dan mungkin juga dengan personaliti dan karakter aku yang mampu menutup segala kecamuk dalam hati aku. aku akan teruskan begitu.