Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Saturday, November 6, 2010

Kata

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...

Siapa tak pernah rasa sedih ? Semua orang rasa sedih kan ? Tapi kenapa mesti sedih-sedih ?

Haih... Aku tak tau la, blog budak ini sangat menyedihkan. Dia perlukan seseorang untuk happykan dia doe.. tapi aku tak tau sape, nak harap kat aku ? haih, hampas je ada...

Blog dia, Sarahdyana Ariena

Harap-harap dia tak sedih-sedih lagi... Tak perlu nak fikirkan sangat kat benda yang dah berlaku, lebih baik sentiasa mendoakan kesejahteraan dia je. Haih... Malam ni bulan takde. Mana la bulan ni...

notakaki :: hati aku tengah kecamuk, cam sial la... tersuka kat seseorang lak tiba-tiba... awak ! saya suka awak ~ hehe

Tuesday, October 26, 2010

Easy

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Paper hari ni sangat mudah, semudah aku menulis blog. Kertas itu telah menjadi misery !



Kertas itu ialah kertas ::

SEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA !!!

sumpah susah gile mudah...

notakaki :: Ya Allah, berikanlah aku ketabahan menghadapi cubaan di dunia ini dengan tenang dan sabar, Amin Ya-Rabbal Alamin... LOLS

Friday, October 22, 2010

Diam, Peperiksaan Sedang Dijalankan...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...

Minggu periksa, sangat sibuk walaupun taktau apa yang aku sibuk-sibukkan sebenarnya...

Perasaan langsung tak keruan mungkin sebab aku dah salah makan, pernah ke aku salah makan? Termakan bateri ataupun thumbdrive kowt...

Psstt, im good listener and also good helper :) So, anyone have any problem ? Let me know yaww, im trying over my best to solve it okay.

Owh ya, ini gambar tiada kaitan, cuma mahu menunjukkan adik comel aku ni :)



Tips untuk terus keep up dalam exam ::


notakaki :: aku dalam keadaan tak stabil lagi :(

Thursday, October 21, 2010

Selamat Hari Lahir !

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...




Hari ini, 22 october 2010, hari jadi aku yaw ! So, hadiah mana ? Cepat la weyh, tak sabar nak rabak-rabakkan pembalut hadiah kemudian dengan rakus koyakkan plak kotak hadiah tu, dan akhirnya dengan cermat simpan hadiah tu. So, MANA BHAIII ?

notakaki :: orang tu jadi yang pertama wish, best2...

Saturday, October 16, 2010

For God Sake, Dear...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...



Ianya satu lagi malam yang sunyi sepi di lebuhraya yang sunyi sepi.Aku memandu dengan perlahan bersama si cantik.Dia bilang dia suka panorama seperti itu denganku.Muka kami masing-masing secara kroniknya memang pucat sekali.Malam itu lebih pucat daripada biasa. 



Si cantik duduk angkat kaki sambil menyandar longlai di sit kereta.dia lantas melabuhkan kepalanya di tepian jendela kereta.mendongak ke langit. 

“ malam ni bulan penuh.” 

“ memangnya kenapa?” 

“ biasanya kalau ada bulan penuh,pasti aku sedang sedih.” 

“ kau rasa sedih ke sekarang?” 

“ dengan kau,tak.” 

“ kalau ada sesuatu yang menyedihkan nanti.jangan risau.aku ada” 

“ aku tahu.” 

Si cantik mencampakkan senyuman paling manis kedalam biji mata aku.Aku membalasnya,tapi tak semanis dia.Tak berbakat mungkin. 

Dari ekor mataku.Aku dapat lihat yang si cantik tidak lagi memandang bulan.dia malah menyuapkan matanya dengan imej aku.Dia melihatku lama. 

Aku toleh lalu membelai pipinya dengan ibu jariku.dia mendepangkan tangannya lalu meneroka ubun-ubunku dengan jemarinya.dia cium manja leherku. 


** 

biasanya malam-malam begini jalan tenang. Yang ada hanya aku dan dia.Tapi malam ini beda.malam ini sebuah lori telah membabaskan kami ke dalam gaung yang paling garang.garangnya dalam.dalam sekali.lalu meletup.meletuplah kami.



Kalau ada sesuatu yang menyedihkan nanti.jangan risau.aku ada. 


notakaki :: its what i do when i im high on something. So what do you think ? Im drugger? Im smoker? Or maybe, just maybe, im a lover...that full of gorgeous artistic "gebang" words.