Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Sunday, October 10, 2010

Aku akan bangun...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...

Aku dah terjatuh lagi...sakit... sangat sakit... dan air mata jantan terus menitik lagi... kau tak mengerti... alasan kau tak boleh diterima langsung... aku tak suka... tapi kau harus ingat... aku takkan patah balik... untuk kau.

Syaufi, kau kuat doe, kuatkan diri kau, hati kau, semangat kau... bukan lupakan tapi cukuplah sekadar simpan dalam lipatan sejarah hidup kau dan anggaplah yang dia sebenarnya adalah ujian tentang kematangan kau. Dan kau dah gagal, tapi mesti bangkit dan cuba lagi, sebab kau kan percayakan cinta walaupun tinggal cebisan-cebisan terakhir, kau mesti tau tak semestinya hubungan kau mesti berakhir seperti ibu dan ayah kau. Jadi, tegaslah, jangan fikirkan lagi buat masa sekarang kerana kau kena percaya cinta ada dimana-mana. Jangan pandang pada wanita kerana belum tentu dia ada cinta yang kau mahukan. Malah mungkin cuma mahu mempermainkan kau lagi jadi sekarang kau kena lebih berhati-hati.

Dan untuk dia... aku tau mungkin ada kesilapan dan kesalahan atas kebodohan dan kekurangan aku yang buat kau membuat keputusan camni. Tapi aku nak kau tau yang aku faham dan aku dah janji dengan kau kan, aku akan cuba lupakan kau dan bangkit. Dan aku harap kau akan pulih seperti sediakala dari kanser tulang kau dan semoga dapat jodoh yang jauh lagi baik dari aku yang serba-serbi penuh dengan kekurangan.

im all alone and let me continue it...


notakaki :: aku mungkin manusia lemah tapi aku punyai semangat kuat yang dapat terus memastikan aku berdiri gagah. dan mungkin juga dengan personaliti dan karakter aku yang mampu menutup segala kecamuk dalam hati aku. aku akan teruskan begitu.