Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Friday, December 24, 2010

Wind of December (Bayu Disember)

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


Ini adalah cerita gebang dari LagendaBudakGebang (ex-nama aku dulu). So, aku tak tau nak post apa lagi, makanya, dengan mudah dan senang hati, aku lemparkan cerita ini untuk semua orang baca, bukan tatap saja. Silakan...





Hari sabtu bersamaan dengan 7 disember.dimana ketika itu angin jadi ketua segalanya.malahan jadi candu kepada jiwa yang merana.di tingkat paling atas sebuah bangunan.Tempat paling cocok untuk meluahkan duka dan celaka. 

Bersendirian di lokasi yang jarang dijejaki orang.begitu lazim dengan diri ini. 


Seorang lelaki dan seorang gadis.Aiman dan Lyana.si lelaki punya virus merbahaya dalam tubuhnya,yang bisa membunuh dan menular.suatu penyakit yang klishe.namun si gadis bilang dia tidak takut dengan virus itu.si lelaki berbunga dalam sakit. 


Momen itu ditemani dengan cecair tidak berwarna dan mudah terbakar.juga dengan sebilangan kecil madat candu.dan tak lupa.tembakau yang digulung dengan kertas dihisap hisap oleh mereka berdua.berambul ambul asap di udara. 

Si gadis bermain asap sambil memerhati kereta yang berduyun duyun melaju.ibu kota besar yang tak punya banyak ruang tenang seperti diatas sini.mereka jauh dari penglihatan orang ramai.mereka enak begitu.asalkan mereka selalu ada disisi masing masing. 

“ baby.” Panggil si lelaki.suaranya yang dulu kini sudah bertukar.agak khunsa.akibat virus jahanam itu pastinya. 

“ aku bukan Meera.” Kata Lyana. 

Merujuk kepada pacar si lelaki.dia diam.keduanya diam. 

Jelas disini.si lelaki inginkan kasih sayang.yang tak pernah diberi oleh kedua orang tuanya.yang kurang diberi oleh pacarnya sendiri.dia mahu seperti bayi.dimanja terus.dibelai terus.dicium dan dipeluk tanpa rasa takut. 

“ hug aku.” Kata si lelaki. 

Si gadis melela tangannya mengelilingi pundak si lelaki dan merapatkan tubuhnya dekat dengan tubuh si lelaki.puntung rokoknya dibuang.sekarang fokusnya hanya untuk si lelaki.dia memeluk erat si lelaki.kerana jam telah menunjuk pukul 2 lebih pagi.ketika itulah si lelaki akan mula sakit sakitan dan segala macam.dimana virus itu akan mula menjahanam dan memakan dengan rakusnya.merobek segala apa yang ada didalam tubuhnya.dengan tidak meninggalkan sedikit pun isi. 

“ kau okay.” 
“ sakit.” Suara si lelaki terketar ketar. 

Pelukan si gadis makin kuat dan erat.seraya menggosok gosok tubuh belakang si lelaki.agar dia lebih tenang. 

“ kau dah makan ubat?” 
“ dah.” Sedikit lambat ingin membalas. 
“ kau tipu.” 
“ betul.” Masih mahu menafikan. 
“ kau tak sayang aku.” 
“ sayang sangat.” 
“ kau dah makan ubat belum?” 
“ aku buang.” 
“ kenapa buang?” 
“ tak sedap.” 
“ kau ni.” 

Si gadis terus membebel.si lelaki masih dipelukkannya.kepala si lelaki didamparkan ke dataran pundak si gadis.si lelaki tak mampu untuk berbicara kerana terlalu sakit.potrait wajahnya jelas menerangkan betapa parahnya dia. 

“ tidur dengan aku.” Kata si lelaki. 

Si gadis memapah lelaki bermuka sedih dan berbadan lemah itu ke simen konkrit yang telah diletakkan tikar rotan.mereka berlabuh di atas tikar tersebut. 

“ baring dekat aku.” Kata si lelaki lagi. 
“ aku kat sebelah kau ni.” 
“ aku tak nak sebelah.aku nak dekat.” 

Si gadis tersenyum.agak terhibur dengan kemanjaan si lelaki.dia lantas mendekatkan dirinya lagi.dan lagi. 

“ kau okay?” tanya si gadis kepada si lelaki. 
“ sakit dada.” Balasnya lemah. 

Si gadis mendekatkan kepalanya ke dinding dada si lelaki. 

Si gadis mulai terasa keriangan akibat pil E yang dijamahnya tadi. 

“ Aiman..” 
“ hm.” 
“ pegang tangan aku.” 

Si lelaki pegang. 

“ kau jangan lepas tau.” Kata si gadis. 
“ aku tak nak lepas.nanti orang ambil.” 

Si gadis senyum. “ baguslah.” 

Mereka berdua leka dengan khayal dan sakit. 

“ Lyana.. kau okay” 
“ aku okay.kau?” 
“ aku okay.” 

Mereka makin tumpat. 

“ love you Aiman.” 
“ apa?” 
“ love you.” 
“ huh?” 
“ love you.” 
“ tak dengar.” 
“ aku sayang kau.” 

Si lelaki senyum. 

“ as what?” tanya si lelaki. 
“ boyfriend.” 
“ love you too.” 
“ as what?” tanya si gadis pula. 
“ girlfriend.” 

Si gadis senyum dalam khayal. 

Suasana sepi seketika.hanya punya desas desus kerata dan lori.dengan hon hon sialan.penggangu.dari atas sini sangat jelas kelihatan sekalian bintang. 

Si lelaki tak jenuh mengucup si gadis. 

“ kau kiss aku ke?” 
“ a ah.” 
“ thanks.” 

Mereka ngombrol sambil mata tertutup. 

“ Aiman..” 
“ hmm.” 
“ aku angel kau kan.” 
“ gurdian angel aku.” 

“ aku sayang kau.” Suara si lelaki benar benar lemah.dia ngomong juga tersekat sekat.bagaikan suaranya akan hilang saat itu juga. 

“ aku sayang kau juga Aiman.” 
“ aku nak kiss lips kau.” 
“ boleh.” 

Mereka bercumbu. 

Saban hari keadaan Aiman makin parah.tanpa ubat atau apa.dia cuma mengisi perut dengan alkohol.mengharap alkohol itu bisa melegakan sakitnya. 

Si gadis pula terlalu bergantung kepada pilos. 

Akhirnya si lelaki mati di atas ruftop tempat kegemaran mereka.kemudian diikuti dengan si gadis.yang mati akibat terlebih dos candu.mereka mati dalam keadaan yang paling comel. 

Keduanya sedang berpeluk.sebelum si lelaki pergi dia sempat mengajak si gadis terbang tinggi.dan dia juga sempat mengucup dahi si gadis.dan mengatakan cinta padanya.si gadis sempat juga membalas semuanya. 

Mereka sama sama menutup mata untuk selamanya.bersama rasa sayang.ikatan antara mereka adalah jiwa ke jiwa.sepala pala jahat. 
Sangat sali ikatan mereka.pawana meniup lembut.mereka jadi perlina. 

Mereka kini sudah jenak.hatta,hilanglah segala kecaburan.habis sudah. 

Impian mereka kini tercapai. 




Dalam turutan ini,bagi aku cinta orang orang bermasalah sebegini adalah yang paling tulus.tiada stigma.tiada diskriminasi.kerana mereka lebih mengerti sukma masing masing.yang ada cuma cinta yang sangat mulia.walaupun kalau hendak dilihatkan logiknya itu.langsung tidak mulai.acapkali dianggap gila dan konyol. 

Sebenarnya status si lelaki dan si gadis dalam kisah ini tidak disahkan kekasih. 
Tapi mereka sebenarnya sangat mencintai satu sama lain. 

Cinta itu agung.sungguh. lebih agung dari perkara-perkara lain yang maha agung, melainkan Allah tentunya, kerna Dia maha Agung.

Dengan ini.Lyana akan terus menjadi malaikat indah buat Aiman. Ya. Tentunya.



notakaki :: hikayat dicipta oleh produksi Koken & Sigeret Sdn Bhd. haha