Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...
Lama juga rasanya tak update blog aku ni...
Besok hari raya, aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Kita patut bersyukur dapat menyambutnya dengan aman dan tenteram walhal saudara-saudara kita ada yang serba kekurangan dalam menyambut hari raya ni. Jadi, elakkan larh membazir dan cukuplah sekadar bersederhana dalam segala hal pada hari raya ni. Di harap semua dapat menyambutnya dengan penuh hikmah, insya-Allah.
Sekarang aku dah balik rumah, nanti naik sekolah baru masuk kandang asrama balik. Selamat bercuti kepada semua pelajar di Malaysia khasnya kepada aspura SMKDPB. Kalian sangat hebat dan sungguh baik akhlaknya walaupun kadangkala agak nakal. Maka, diharapkan, penuhilah cuti kalian dengan amalan-amalan yang dapat mengasuh diri dengan kebaikan. And kepada pelajar yang menduduki peperiksaan awam, SPM khususnya, jawablah dengan tenang, dan niatkanlah dihati untuk menjawab soalan kerana Allah S.W.T, insya-Allah dimudahkan. Mudah-mudahan kalian mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat membanggakan kedua ibubapa kalian, mudah-mudahan. Yang PMR pula, ingatlah, doa lah tanpa putus-putus kerana selagi kejayaan belum ada dalam genggaman, berdoalah, mudah-mudahan. Kepada STPM pula, moga kalian juga dimudahkan dan mendapat keputusan yang barakah. Ingatlah, niat kerana Allah S.W.T.
Malam ini aku sangat sejuk dan sunyi, entah kenapa, tapi entahlah. Perasaan aku je rasanya... Nak tidur pown tak boleh nak pejam matanya... Kenapa plak ni..
notakaki :: malam ni sebenarnya aku rindukan seseorang, seseorang yang tak pernah aku jumpa secara berdepan, harap-harap kau tau, aku suka kat kau. Tapi ingatlah, suka tak bermakna cinta, jangan jadi seseorang tu yang perasan... Kesian aku tengokkan...