Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Monday, April 25, 2011

Oh

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...






Lama gila tak on blog jadah ni. Siyes bz ntah knape, rasa bosan sangat bila time2 terluang, tak dapat diisi dengan blog typing... Well, kemudahan aku kat sini terhad, dan aku malas bawa laptop aku, sebab kalau kantoi payah, lagi-lagi bila dah tinggal satu je laptopnya ...


Aku nak sangat selalu update blog aku supaya dapat up traffic, malangnya masa memang takde, tapi aku rasa, memang takde orang nak baca sangat blog aku... Haih...


Sekarang dah nak exam, well, kena la bahagi2 masa dengan baik..


notakaki :: semakin lama semakin jarang update, sorry readers. aku akan try curi masa untuk blog aku ni :)

Saturday, April 16, 2011

Celah Langit

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...


Semua orang aku perhatikan, sibuk dengan hal mereka masing-masing. Satu lumrah, kata orang " jangan sebok kain orang lain". Well, aku rasa itu salah, sebab, belum tentu lagi semua orang mahu sendirian, bahkan, ada di antara mereka sangat dahagakan perhatian. So, apa salahnya kita "sibuk dengan kain diorang" ?

Tapi ada satu hal yang buat aku geram, aku nak tolong dia, tapi, dia boleh cakap, jangan sibuk boleh tak, tapi masalahnya, aku tau, camne nak selesaikan masalah dia tu. Tapi tak kesah la, sebab bukan dia je yang aku boleh tolong, ramai lagi kowt.

Pertolongan tak perlu balasan, cuma perlu dihargai, kalau hati, boleh dicintai, boleh dicuri, dan juga boleh disakiti, tapi tak boleh diberi sesuka hati (kecuali derma organ hati tu.) Tapi, aku rasa, aku nak beri hati aku pada sesuatu yang boleh buat aku rasa tenang, setenang sewaktu aku dekat dengan-Nya. Tapi, aku rasa macam nak lagi, nak lagi rasa tenang tu, dengan apa aku tak tau, yang pasti bukan dadah or rokok macam ada sesetengah orang fikir. Aku bukan macam tu. Mungkin dengan teruskan kegilaan aku tangkap gambar yang aku rasa aku sorang je boleh explain gambar-gambar tu. Haha

notakaki :: bila tengah bosan, merepek merapu jadi taruhan. Terima kasih siapa2 yang baca, ada cadangan tak nak hilangkan bosan ? sila komen ok :)

Tuesday, April 12, 2011

Yuna Inspired :)

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Semua orang yang berjaya boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk kita juga berjaya, walaupun tak seperti dia, at least berjaya. maka, aku rasa, si comel ni mampu menjadi sang winner sebab... aku tak tau sebabnya, aku cuma rasa. 

Well, her name is Syafiqah Rosli a.k.a. PIPI. Well, dia cute, haha. tapi awak lagi cute tau


notakaki :: aku tengah susah amat mahu update ini blog, ada masalah sikit, harap maklum :0

Saturday, April 2, 2011

Objek Asing

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...




Kau pernah rasa bila saat kau rindukan seseorang, dan tiba-tiba perasaan itu makin lama, makin kuat, buat kau rasa sesak nafas, tak selesa, gelisah, tak tentu hala, dan kau mesti akan buat sesuatu untuk hilangkan perasaan tu, sebab ianya sangat tidak menggembirakan, walhal, itu menunjukkan bahawa kau punya perasaan yang susah untuk digambarkan dan orang yang kau punya perasaan terhadapnya akan gembira bila mengetahuinya.


Itu aku gelar, objek asing...


Aku pernah rindukan seseorang, aku rindukan perasaan itu, tapi sekarang, aku rindukan dia seorang sahaja, tapi aku tak mahu kehilangan perasaan ini, sebab dia buat aku rasa seperti manusia semula, punya perasaan, seperti sayang, rindu, kasih, cinta dan etc. Tapi aku rasa, tak semua orang malang macam aku. Semua sentiasa akan dapat seseorang yang boleh kongsi perasaan, tapi aku tak, sebab aku kongsi dengan blog aku. Dengan reader2 yang aku rasa, tak perlu ditambah dengan "s" untuk reader itu...


Itu aku gelar, objek asing...


Tercetus pemikiran asing dalam kotak fikiran
Membuat hati jadi histeria
Kenapa mesti rasa terasing dengan orang lain
Sebab bukankan kita tinggal di dunia dengan ramai manusia
Namun harus sedar
Bukan semua orang akan ambil kisah pasal orang lain
Bukan semua orang akan peduli masalah orang lain
Bukan semua orang mampu betulkan kesalahan orang lain
Tapi
Semua orang ada masalah, ada kesalahan, ada kisah tersendiri
Maka
Siapa yang bertanggungjawab untuk mengambil peduli
Siapa yang bertanggungjawab untuk dengar masalah
Siapa yang bertanggungjawab membetulkan kesalahan itu


Orang asing kah ?


notakaki :: saat semua benda di dunia berputar mengikut orbit dan paksi, aku masih berharap, aku mampu kehadapan dengan pantas...sebab keadaan sekarang buat aku lemas...

Friday, April 1, 2011

Selamat Pagi

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...


Good morning world. Its saturday and its sucks day ! Hope all of you will have a nice day... not like me...


notakaki :: banyak aktiviti, demmit.

Tranquility

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...


Its hard to say when we are in unstable. We cant speak sincerely. Its lie. So, lets tell the truth... when i found my tranquility... soon...


notakaki :: baru balik hostel, langsung tak tenteram, entah kenapa...