Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Saturday, April 2, 2011

Objek Asing

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...




Kau pernah rasa bila saat kau rindukan seseorang, dan tiba-tiba perasaan itu makin lama, makin kuat, buat kau rasa sesak nafas, tak selesa, gelisah, tak tentu hala, dan kau mesti akan buat sesuatu untuk hilangkan perasaan tu, sebab ianya sangat tidak menggembirakan, walhal, itu menunjukkan bahawa kau punya perasaan yang susah untuk digambarkan dan orang yang kau punya perasaan terhadapnya akan gembira bila mengetahuinya.


Itu aku gelar, objek asing...


Aku pernah rindukan seseorang, aku rindukan perasaan itu, tapi sekarang, aku rindukan dia seorang sahaja, tapi aku tak mahu kehilangan perasaan ini, sebab dia buat aku rasa seperti manusia semula, punya perasaan, seperti sayang, rindu, kasih, cinta dan etc. Tapi aku rasa, tak semua orang malang macam aku. Semua sentiasa akan dapat seseorang yang boleh kongsi perasaan, tapi aku tak, sebab aku kongsi dengan blog aku. Dengan reader2 yang aku rasa, tak perlu ditambah dengan "s" untuk reader itu...


Itu aku gelar, objek asing...


Tercetus pemikiran asing dalam kotak fikiran
Membuat hati jadi histeria
Kenapa mesti rasa terasing dengan orang lain
Sebab bukankan kita tinggal di dunia dengan ramai manusia
Namun harus sedar
Bukan semua orang akan ambil kisah pasal orang lain
Bukan semua orang akan peduli masalah orang lain
Bukan semua orang mampu betulkan kesalahan orang lain
Tapi
Semua orang ada masalah, ada kesalahan, ada kisah tersendiri
Maka
Siapa yang bertanggungjawab untuk mengambil peduli
Siapa yang bertanggungjawab untuk dengar masalah
Siapa yang bertanggungjawab membetulkan kesalahan itu


Orang asing kah ?


notakaki :: saat semua benda di dunia berputar mengikut orbit dan paksi, aku masih berharap, aku mampu kehadapan dengan pantas...sebab keadaan sekarang buat aku lemas...

0 Komens:

Post a Comment