Assalamualaikum w.b.t.
Sudah 300 tahun aku tak update (malas). Ntah kenapa, tangan ini sudah mula gatal untuk menari-nari ala k-pop di atas pentas papan kekunci. Tak banyak pun yang nak ditulis. Sikit je, sikit ke?
Dalam beberapa bulan or tahun ntah laa aku tak menulis kat blog ni, macam-macam peristiwa dah jadi. Dan semuanya seakan-akan macam episod drama yang bosan. Tapi ending dia agak gempak iaitu ending dengan satu permulaan. Tak faham?
Semuanya berlaku pantas. Aku kenal dia, aku kawan dengan dia, lepas tu dia rindu aku, dan aku rindu dia. Aku mula belajar kenal dia. Semuanya pasal dia. Aku sejak akhir-akhir ni dah malas nak online or chatting or surfing or anything pasal internet. Tapi sekarang... macam satu kemestian untuk online semata-mata nak tengok dia online or not.
Ini cinta ke kawan-kawan? Aku tak berani cakap sebab aku tak nak cinta ni macam cinta-cinta monyet, kerbau, lembu etc. Aku nak dia cinta yang dititip oleh Allah untuk aku, cinta terakhir aku. Dan aku belajar untuk menjadi seorang lelaki ( be a male doesnt make you as a men) iaitu yang benar-benar lelaki. Buat persiapan diri yang terbaik untuk terima dia dalam menjadi pemegang amanah.
Aku tak yakin tapi aku berharap kepada yang Esa bahawasanya, jadikanlah cinta ini cinta yang benar-benar tulus. Kerna tulus itu penting.
Notakaki :: lancar je aku taip malam ni, tenang.. tak macam selalu, tegang..
Wednesday, June 13, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)