Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Saturday, April 16, 2011

Celah Langit

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...


Semua orang aku perhatikan, sibuk dengan hal mereka masing-masing. Satu lumrah, kata orang " jangan sebok kain orang lain". Well, aku rasa itu salah, sebab, belum tentu lagi semua orang mahu sendirian, bahkan, ada di antara mereka sangat dahagakan perhatian. So, apa salahnya kita "sibuk dengan kain diorang" ?

Tapi ada satu hal yang buat aku geram, aku nak tolong dia, tapi, dia boleh cakap, jangan sibuk boleh tak, tapi masalahnya, aku tau, camne nak selesaikan masalah dia tu. Tapi tak kesah la, sebab bukan dia je yang aku boleh tolong, ramai lagi kowt.

Pertolongan tak perlu balasan, cuma perlu dihargai, kalau hati, boleh dicintai, boleh dicuri, dan juga boleh disakiti, tapi tak boleh diberi sesuka hati (kecuali derma organ hati tu.) Tapi, aku rasa, aku nak beri hati aku pada sesuatu yang boleh buat aku rasa tenang, setenang sewaktu aku dekat dengan-Nya. Tapi, aku rasa macam nak lagi, nak lagi rasa tenang tu, dengan apa aku tak tau, yang pasti bukan dadah or rokok macam ada sesetengah orang fikir. Aku bukan macam tu. Mungkin dengan teruskan kegilaan aku tangkap gambar yang aku rasa aku sorang je boleh explain gambar-gambar tu. Haha

notakaki :: bila tengah bosan, merepek merapu jadi taruhan. Terima kasih siapa2 yang baca, ada cadangan tak nak hilangkan bosan ? sila komen ok :)