Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Thursday, March 17, 2011

Selamat Pagi

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...






Bangun pagi di hospital, bau ubat, orang ramai, doktor ramai, jururawat cun-cun pown ramai. Ramai yang muda-muda plak tu, tapi ada sorang doktor ni, aku rasa muda lagi, tapi perut dia besar, well, Dr. Hayati, walaupun perut dia macam tu, masih lagi jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.


Well, aku kat hospital jaga atok aku, sakit ulser perut. Ini pasal pagi semalam. So, pepagi camni, aku turun bawah, buka lappy, tengok apa yang ada, ushar mana yang sempat, komen mana yang rasa perlu, dan dengar lagu sambil minum kopi dan makan roti bakar. Tiba-tiba, ada seorang jururawat, cun doe, datang dan cakap,


"sorang je, jaga atok kan ?, baguslah, baik awak ni, nak makan sama-sama boleh ? Buat apa je kat laptop tuh. Saya tak kacau kan..."


Aku bingung la, then lepas dia makan, dia bayarkan, terus dia blah. Aku pelik gila, ntah sape-sape. Tapi aku tak tunjuk la depan-depan. Kang dia kata aku sombong plak. Well, aku jadi bingung sekejap, then aku tanya atok aku, lepas aku naik atas la... atok aku cakap, orang kampung gak tu.


Patot la dia kenal. Well, sorry, aku tak kenal kaw la... atok aku cakap nama dia Ira. lebih kurang la... So, mood pagi-pagi camni, aku harap dia datang tegur aku lagi, tapi takde la plak.. haha


notakaki :: aku dah addict dengan kopi hospital, apa diorang ni semua bubuh dadah ke apa...demmit

Tuesday, March 15, 2011

BOSAN     bosan   bosan       bosan    bosan        bosan      bosan    BOSAN




notakaki :: macam mana nak hilangkan kebosanan ? arrrghhh...

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


Sudah sekian lama bermuram durja
akibat dari berukband durjana
keluh kesah hampir sepurnama
bahana problem berukband angkara
bait kiasan bak orang histeria
bila berukband pulih sediakala
namun hati masih belum riangnya
mengenang blog masih belum ada entri barunya


Aku rasa sedih bila dapat tahu, berukband aku jahanam, memang rasa nak maki sana sini walau aku tahu takde faedah maki maki ni. Memandangkan ibu aku melihat perihal anaknya seperti kambing mencari bidan untuk beranak, ibu aku dengan sangat penyayangnya terus hantar kedai berukband aku tu. Bila dah pulih, tak buang masa, terus aku pergi blog untuk diupdate. Bukan apa, bimbang rating jatuh (walaupun memang takde sangat orang nak bukak).


Orang sibuk bercuti, aku plak kelas memanjang, demmit. Tapi aku tak kisah, untuk berjaya mesti la perlukan pengorbanan kan ? So, you can do it bebeh..


notakaki :: gua lapar, ada sape nak teman gua makan meggi ? sorry la, sekarang tengah gian meggi. so meggi je ada. till next time, babai

Saturday, March 12, 2011

Asing

Bismillahirrahmannirrahim... Assalamualaikum w.b.t...


"True photographers dont just take pictures..they make pictures..take and make is a two different things..take is ambik and make is buat..so ambik and buat is tak sama you know? so i don wan to speak long-long before you olls go gelong..kongklusion is,let the photo below talk to you itself..if you dont paham jgk,there must be some miscommunikesyen..thats why pentingnya english edukaysyiennn ye nokk nook sekalien" -Ell Zulkarnain-


Ditankap direman di asrama empat belas hari
bagai orang gila, menari nari
tapi kini aku dah bebas berlari
mencari ketenangan bersama sang biri biri
10 orang anak keling main kejar-kejar rerama,
Sorang mati dilanggar treler laju.
Sudah dua minggu aku direman di asrama,
kini aku bebas dengan jaminan rm2000 selama seminggu.


Kenapa aku madah mention about reman. Kau tahu ke apa itu reman. Aku rasa kau faham, tapi tak tau. Konnferm. Ini adalah kerana, sudah dua orang gangster dah kena buang dari asrama gara-gara terbang fly menyaksikan perlawanan orang menendang benda bulat kesana-kesini. Maka, aku telah diambil keterangan, dan aku dengan panjang lebar menerangkan, "sorry, gua tak tau la". Well, lebih kurang gitu la tutur bicaranya. So, aku dah safe. Namun, aku rasa, lepasni, mesti aku akan jadi candidate untuk ditemuramah bila-bila masa berkenaan gejala sosial yang berlaku di asrama yang kian meruncing gamaknya. Cis bedebah.


notakaki :: gua dah balik, buka blog, rating jatuh, demmit !!