Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...
Nak tau satu cerita ?
Cerita ini tentang pensil. Pensil biasanya akan menghasilkan tulisan yang indah-indah dan juga mampu menghasilkan tulisan yang agak menyakitkan hati. Tapi disini tak mahu yang buruk-buruk. Macam entri sebelum ini, aku suka yang indah-indah saja. Pensil ini suka menghasilkan tulisan yang mencoretkan tentang ::
"Aku cintakan kamu. Aku rindukan kamu. Aku mahukan kamu. Aku adalah kamu."
Kepada apa atau siapa di tujukan ayat itu? Rupanya, dia memang sukakan kertas di atas tempat ia menulis.Jadi, kenapa aku pilih pensil bukan pen, sebab pensil boleh dipadam, macam cinta, mudah datang dan mudah pergi. Kenapa aku pilih kertas bukan alas benda-benda lain, sebab dekat kertas kita boleh buat macam-macam, macam cinta, boleh menangis sebab cinta, boleh gembira sebab cinta, boleh marah sebab cinta, dan boleh macam-macam lagi.
Jadi, pensil akan sentiasa bertemu dengan bermacam-macam kertas kan ? Jadi hari ini, pensil tu dah jumpa (dalam keadaan sangat-sangat pantas, dan terkejut) kertas yang dia cinta. Sungguh pantas, macam kelajuan cahaya di mana dengan pantas menyinari bumi tanpa tunggu-tunggu lagi.
Awak, sudi tak jadi kertas saya dan saya jadi pensil itu ?
Saya janji akan selalu menulis tentang awak, sebab saya kan pensil, senang kena padam tulisannya, jadi saya tak mahu cinta tu dipadam :) Saya suka awak tau ;)
notakaki:: Siapa rasa aku boleh menulis novel angkat tangan ? Balik asrama... Salam~
2 Komens:
boleh2.. :PP
saya follower terbaru awk! so, follow saya balik k?
http://ibah5791.blogspot.com/
^^,
Post a Comment