Semalam aku telah melalui satu hari yang penuh dengan macam-macam situasi sampai akhirnya emosi aku bercampur aduk yang hampir-hampir menjadikan aku dalam golongan orang yang kurang waras. Ini semua mungkin adalah kerana aku seorang yang memegang prinsip "just follow the rythm and you'll be fine" , yang terus membuatkan aku masih waras. Nasib baik...
Ceritera bermula di waktu pagi seawal aku bangun pagi, dimana aku telah diterjah oleh adikku yang last tuh untuk bangun tidur, panas hati aku sebab dipijaknya tangan aku, sakit dia pergh, gua je tau. Pastuh, aku pergi mandi untuk siap-siap sebab kejap lagi nak amek gaji hasil usaha penat-lelah (titik peluh takde sebab aku kerja kat air-cond, hahaha riak =_=) selama 1 bulan setengah. Emosi time ni, gembira habes. hah
Ceritera dilanjutkan dengan situasi seterusnya iaitu mak aku nak pergi tengok vest untuk pengawas sekolah dia. Time ni emosi memang bosan gile, sebab dekat satu jam aku jadi batu kat dalam kereta. Tak tau nak buat apa. Pastuh, aku teruskan journey hari semalam tu dengan terus pergi
1...Beberapa helai baju Alain Delon untuk aku
2...Seluar jeans Charger.
3...Perfume UB Pozess Eau De Toilets.
4...Biskut Famous Amos.
5...Chewing Gum 5 Electro dengan Chewing Gum 5 Pulse.
6...Joystick Ps2.
7...Black Forest Cake.
8...Blueberry Cheese Cake.
9...Kasut Power dengan Kasut hitam Bata.
10...CD original Percy Jackson and The Lightning Thief. *first time beli barang ori.
11... Selipar Atlanta.
12...Coklat Beryl's Tiramisu pack besar, gila sangap kat coklat ni. feveret habes.
13...Milo Fuze 3-in-1 Mocha.
Memang sakan habes la, pasaraya Sakan pown kalah. Duit aku pakai macam air je. Boros gila. Mak aku tak cakap apa-apa pown. Mungkin mak aku kata dalam hati "biarlah, gaji dia, sebab tu banyak barang nak beli walaupun takde kaitan dengan persediaan asrama dia"..
Ceritera seterusnya disambung dimana, selepas makan-makan kat Kentaki Fred Chiken(bukan nama sebenar), aku terus pergi cari Mc'D, nak beli Mc'Flurry. Tiba-tiba aku sedar, rasa ringan je seluar jeans aku. OwwMaiiGoat, mana hp aku ? Demn. Sedih gila doe. Rasa cam nak ngamuk satu jusco tuh. Bengong tol aku ni. Sabar je la, As-Sabarrun Minal Iman. kan ? (betul ke ejaan tuh). Emosi time ni, sedih+marah+tension+bingit+frust dan macam-macam lagi emosi yang sama waktu dengannya.
Maka, kaw, kaw, kaw, kaw yang dah baca entri ni rasa, apa kejadah dengan aku ni ? Aduhai... Dah lah, mak aku dah Wall kat facebook suruh kemas barang. Babai...
notakakitangankusutpergimati :: belikan aku hp baru boleh ? Iphone4 aku tengok sedap je.