Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...
Alamak. ada labah-labah kat blog aku, bersawang (bunuh labah-labah jap).
Ok. Salam, aku rasa lama gak aku tak menaip kat blog. Lama tak mencarut-caut kat blog. Lama tak baca blog orang lain. Lama tak dengar lagu kat blog. Lama rasanya. Lama ke ?
Ada banyak post aku nak post sebenarnya, tapi entah kenapa aku ni pemalas nak mampos nak menaip-naip niyh.Tapi sekarang dah rajin, dapat call awak kan :DD.
1st :: Time aku balik hostel, aku rasa macam ada yang tak kena, so aku suruh orang pikirkan, dia cakap : "mana kad outing kaw ?". ok, serius aku lupa aku letak mana... aku rasa aku dah buang. BAGUSNYA.
sebahagian budak-budak aspura yang cool poyo habis
2nd :: Konon suka gila tengok cite you're beautifull tapi sebenarnya aku suka tengok artis perempuannya je, serius comel (awak jangan marah, awak lagi comel ;DD). Then aku tengok skip-skip. Lantas citernya aku langsung tak paham. BAGUSNYA.
comelnya <33
3rd :: Budak-budak praU1- kenanga nak buat video. Aku dipertanggungjawabkan, ok fine, aku boleh. Tapi masa tarikh tutupnya lagi 3 hari, video nak gempak-gempak. Sial betul. Apasal lambat beritahu. So, aku malas, biar orang lain, tahun depan baru aku buat. BAGUSNYA.
kanak-kanak kacak
4rd :: Sekarang budak-budak praU1-kenanga nak buat sudut kemerdekaan. Minta duit lagi. Aku kena buat loan la camni..(mencarut, sila sepak). So dengan teragak-agak aku bagi duit. Pastu kena datang kelas untuk ceriakan, ok, aku pergi, tapi tolong sikit-sikit je, kenapa ? Sebab aku dah bagi duit, orang lain larh kemas. Sudut kemerdekaan yang kitorang buat punya la cool, macam muzium, ada buluh, keris berkarat, mesin taip, lampu minyak tanah, KLCC, iPod*, iPhone*, iMac*, laptop, mesin taip kuno takde dakwat dan jam lama. Cool kan ? Rasanya ? Dapat tempat no.3 je !! BAGUSNYA.
macam ni baru kewl !
6th :: Besok ada program kat rumah umi praU1-kenanga (Cikgu Rosyatimah). Idea aku, programnya ialah KASIH SELIAT DODOL, so kena buat dodol. Tapi jauh kowt rumah umi. Tapi kitorang tak kisah, so kitorang pergi ! BAGUSNYA.
Kasih Seliat Dodol
Konklusi :: penat menaip, sakit tangan, mengantuk, kaki kebas. BAGUSNYA.
notakaki :: besok sape nak kacau dodol? aku ke ? malasnya. adus..
0 Komens:
Post a Comment