Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Tuesday, October 26, 2010

Easy

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Paper hari ni sangat mudah, semudah aku menulis blog. Kertas itu telah menjadi misery !



Kertas itu ialah kertas ::

SEJARAH KERTAS 1- TAMADUN DUNIA !!!

sumpah susah gile mudah...

notakaki :: Ya Allah, berikanlah aku ketabahan menghadapi cubaan di dunia ini dengan tenang dan sabar, Amin Ya-Rabbal Alamin... LOLS

Friday, October 22, 2010

Diam, Peperiksaan Sedang Dijalankan...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...

Minggu periksa, sangat sibuk walaupun taktau apa yang aku sibuk-sibukkan sebenarnya...

Perasaan langsung tak keruan mungkin sebab aku dah salah makan, pernah ke aku salah makan? Termakan bateri ataupun thumbdrive kowt...

Psstt, im good listener and also good helper :) So, anyone have any problem ? Let me know yaww, im trying over my best to solve it okay.

Owh ya, ini gambar tiada kaitan, cuma mahu menunjukkan adik comel aku ni :)



Tips untuk terus keep up dalam exam ::


notakaki :: aku dalam keadaan tak stabil lagi :(

Thursday, October 21, 2010

Selamat Hari Lahir !

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...




Hari ini, 22 october 2010, hari jadi aku yaw ! So, hadiah mana ? Cepat la weyh, tak sabar nak rabak-rabakkan pembalut hadiah kemudian dengan rakus koyakkan plak kotak hadiah tu, dan akhirnya dengan cermat simpan hadiah tu. So, MANA BHAIII ?

notakaki :: orang tu jadi yang pertama wish, best2...

Saturday, October 16, 2010

For God Sake, Dear...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...



Ianya satu lagi malam yang sunyi sepi di lebuhraya yang sunyi sepi.Aku memandu dengan perlahan bersama si cantik.Dia bilang dia suka panorama seperti itu denganku.Muka kami masing-masing secara kroniknya memang pucat sekali.Malam itu lebih pucat daripada biasa. 



Si cantik duduk angkat kaki sambil menyandar longlai di sit kereta.dia lantas melabuhkan kepalanya di tepian jendela kereta.mendongak ke langit. 

“ malam ni bulan penuh.” 

“ memangnya kenapa?” 

“ biasanya kalau ada bulan penuh,pasti aku sedang sedih.” 

“ kau rasa sedih ke sekarang?” 

“ dengan kau,tak.” 

“ kalau ada sesuatu yang menyedihkan nanti.jangan risau.aku ada” 

“ aku tahu.” 

Si cantik mencampakkan senyuman paling manis kedalam biji mata aku.Aku membalasnya,tapi tak semanis dia.Tak berbakat mungkin. 

Dari ekor mataku.Aku dapat lihat yang si cantik tidak lagi memandang bulan.dia malah menyuapkan matanya dengan imej aku.Dia melihatku lama. 

Aku toleh lalu membelai pipinya dengan ibu jariku.dia mendepangkan tangannya lalu meneroka ubun-ubunku dengan jemarinya.dia cium manja leherku. 


** 

biasanya malam-malam begini jalan tenang. Yang ada hanya aku dan dia.Tapi malam ini beda.malam ini sebuah lori telah membabaskan kami ke dalam gaung yang paling garang.garangnya dalam.dalam sekali.lalu meletup.meletuplah kami.



Kalau ada sesuatu yang menyedihkan nanti.jangan risau.aku ada. 


notakaki :: its what i do when i im high on something. So what do you think ? Im drugger? Im smoker? Or maybe, just maybe, im a lover...that full of gorgeous artistic "gebang" words. 

Ushar2...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Bosan. Jadi, terus aku arahkan tetikus biru ni ke arah myspace. Click, My Photos, Tag Photos. Ok, terjumpa gambar orang huduh cantiq. Cantik sangat. Hahahahahahahahahahahahahaha !


Harap Maaf, Gambar Dah Didelete, Orang Cantik Tu Tak Bagi Plak :)


Hahahaha, amacam ??? Cute kan ??? Ouh chumilnya, macam apa ntah ! Muahahahahahahahahahaha !

notakaki :: perkataan huduh tu saja je ditambah, hahaha, memang cantiq pown makcik aku ni. En2 ?



*speechless...


Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Errrr. Terkezut aku, serius. Umurnya baru 16 tahun tapi dah kahwin ! Tipu ? Serius doe. Giler larhh. Awal giler kowt, aku ni dah 18 tahun takde pown orang datang minang ( sila sepak ). Tapi bila fikir2 balik, alhamdulillah, benar larh, memang betul larh, jodoh pertemuan di tangan Tuhan yang maha Esa. Subhanallah.


Tak percaya lagi ke ? Tekan. 


Tahniah ya ! Minta-minta dipanjangkan jodohnya kekal hingga akhir hayat korang, mendapat zuriat yang soleh dan solehah, bahagia hingga ke akhir hayat, insya-Allah. Amin Ya-Rabbal Alamin.

Ehh, budak umur 16 tahun pown dah kahwin, member aku sorang ni bila plak ya ? Dah janji nak jemput aku sebagai VIP, bila ya cik BUBBLE ???

notakaki :: Aku ni bila pulak ? still tunggu bidadari kayangan aku. datanglah weyh, penat ni tunggu tauk ! Ahakz !

Thursday, October 14, 2010

Hey Soul Sister !!!

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...




owh ini en3 tentang adik chumil aku :)
aku sayang kau budak :)
sayang sangat sebenarnya, ahakz !


Sabrina Sharleen Rose Voorhes

notakaki :: haih budak, best la ada adik macam you, nakal ! hahaha. btw, ilysm ya !

Wednesday, October 13, 2010

Keindahan itu ...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Aku suka keindahan, aku suka kecantikan dan aku suka kesempurnaan...

Aku tak suka penipuan, aku tak suka keburukan dan aku tak suka kebencian...

Jadi, mulai sekarang, aku nak semua orang tahu yang aku tak lagi benci kat sesape, sebab sebelum ni aku seorang manusia yang penuh dengan kebencian hatta dengan diri sendiri pown aku benci... tapi tu semua dah aku buang dekat dustbin kat belakang dorm ni...

Jadi, aku harap dengan perubahan ni aku akan dapat jumpa apa yang aku nak, dapat capai apa yang aku angankan dan dapat rasa perasaan yang aku impikan, insya-Allah...



...life is a journey that are so many things we should overcome with and also make sure we still be strong until the end of that long journey and hopefully i can achieved what i want in my journey...


notakaki :: aku sentiasa harapkan kejayaan dan kebahagian hari esok dengan percubaan hari ini yang sentiasa aku lakukan dengan habis baik, aku rasa...

Sunday, October 10, 2010

Aku akan bangun...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...

Aku dah terjatuh lagi...sakit... sangat sakit... dan air mata jantan terus menitik lagi... kau tak mengerti... alasan kau tak boleh diterima langsung... aku tak suka... tapi kau harus ingat... aku takkan patah balik... untuk kau.

Syaufi, kau kuat doe, kuatkan diri kau, hati kau, semangat kau... bukan lupakan tapi cukuplah sekadar simpan dalam lipatan sejarah hidup kau dan anggaplah yang dia sebenarnya adalah ujian tentang kematangan kau. Dan kau dah gagal, tapi mesti bangkit dan cuba lagi, sebab kau kan percayakan cinta walaupun tinggal cebisan-cebisan terakhir, kau mesti tau tak semestinya hubungan kau mesti berakhir seperti ibu dan ayah kau. Jadi, tegaslah, jangan fikirkan lagi buat masa sekarang kerana kau kena percaya cinta ada dimana-mana. Jangan pandang pada wanita kerana belum tentu dia ada cinta yang kau mahukan. Malah mungkin cuma mahu mempermainkan kau lagi jadi sekarang kau kena lebih berhati-hati.

Dan untuk dia... aku tau mungkin ada kesilapan dan kesalahan atas kebodohan dan kekurangan aku yang buat kau membuat keputusan camni. Tapi aku nak kau tau yang aku faham dan aku dah janji dengan kau kan, aku akan cuba lupakan kau dan bangkit. Dan aku harap kau akan pulih seperti sediakala dari kanser tulang kau dan semoga dapat jodoh yang jauh lagi baik dari aku yang serba-serbi penuh dengan kekurangan.

im all alone and let me continue it...


notakaki :: aku mungkin manusia lemah tapi aku punyai semangat kuat yang dapat terus memastikan aku berdiri gagah. dan mungkin juga dengan personaliti dan karakter aku yang mampu menutup segala kecamuk dalam hati aku. aku akan teruskan begitu.

Saturday, October 9, 2010

I Really Want To Say This To That Person...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Aku tak tahu kenapa aku nak sangat post menatang ni since a couple days ago. Aku rasa miserable gile doe. Taktau la.. mungkin aku sering pikirkan kau, mungkin tak boleh nak lupakan kau lagi, mungkin masih memerlukan kau, dan yang penting, mungkin aku betul-betul mahukan kau... tapi... aku tahu, mungkin, dan mungkin kau akan tidak terima aku lagi... tapi maaf aku lancarkan kat sini... aku tak boleh, nak ikut macam apa yang kau mahu, sebab... aku masih lagi CINTAKAN kau... masih lagi RINDUKAN kau, masih lagi FIKIRKAN tentang kau, dan SERBA-SERBI....KAU... FARAH ALWANI....


notakaki :: kalaulah aku dapat undurkan masa tu, aku nak kembali ke eurika nostalgia dimana kita bahagia bersama... aku ingin begitu...

Saturday, October 2, 2010

Tiada Apa...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Aku rasa sedih. Sedih, teramat sedih, tidak tahu bagaimana nak diluahkan, dikeluarkan, dilontarkan, dibuangkan, dihindarkan, dielakkan, dilemparkan... dibiarkan...

Aku menangis, menangis terus, macam anak kecil...macam budak-budak ? Biarlah, kau apa tau ?! Lelaki menangis sebab sesuatu yang betul-betul menyedihkannya...




Sedih, sangat sedih... Sangat-sangat sedih sebenarnya... Aku rasa macam objek terbuang jauh dari tempatnya, macam planet terpelanting jauh dari orbitnya, macam perasaan di simpan jauh dari tempatnya, macam orang yang terperosok jauh di sudut dunia...

Kenapa ? Kenapa terjadi ke atas aku ? Puaskah kau ? Puaslah... Sukalah kau, baguslah... Terima kasih... Terima kasih banyak banyak...

notakaki :: teringat untuk tamatkan riwayat, tapi aku belum sebodoh itu, aku tau aku kuat, kuatkan diri kau syaufi...sabarlah...Allah bersama orang yang sabar...