Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Monday, January 31, 2011

Bini gua bersalin

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


Gambar tiada kaitan dengan entry




Lama gila aku tak update rasanya, sampai ada orang tanya-tanya gak, asal tak update...Pemalas. Tak kowt. Cuma tak tau nak tulis apa. So, kaw rasa sekarang aku dah tau nak tulis apa ???


Cerita pasal 2 minggu aku kat asrama lepas, rasa-rasa biasa je, takde apa yang menarik kecuali beberapa orang telah terpilih untuk menyambung pengajian mereka kat SBP yang tertentu. So, aku harap semua berjaya walau kat mana diorang berada dan untuk yang ditinggalkan, jangan sedih-sedih doe, diorang bukan mati ke apa ke, diorang pergi belajar kat tempat lain je. 


Sekarang tengah cuti sempena GongXiFaChai, maka, sepatutnya cuti kowt ? Tapi... makin banyak kerja ada la, dengan kelas pakat berjam-jam berhari-hari, memang tension gile ! Grrrrrrrrrrrrr, weyh, ada cara hilangkan tension aku ? Tolong roger-roger ok ! Serius perlukan nasihat...!


Oh ya, aku ada beli handphone baru lagi, tapi takde la baru sangat well at least boleh gak aku contact2 ngan mesej2. Tapi tak tau aku nak mesej sape. So, biarlah. Kalau korang nak aku mesej2 korang, kasi tau kaw punye hp number. Aku tak kisah..


So, assigment nak kena buat, jadi, aku berhenti dulu. Panjang gak aku taip... Sape baca sampai habis tepuk tangan sendiri. Tengs


notakaki :: aku rasa sekarang nak makan coklat la. Beryl's ! Korang rasa title tu awesome tak ?

Realiti

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...



Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
picture credit to krisis mesir

Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.




and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(

notakaki ::  tolong sebarkan, trimas~ anda memang berhati mulia.

credit to: sherahxoxo

Friday, January 14, 2011

Gumbira Ulalalala~

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


GAMBAR TIADA KAITAN...WELL,EVENING LA.


Semalam petang dapat keluarkan diri dari asrama yang maha bosan. Banyak benda aku kena buat, well, kena jadi ketua dorm. Haih, malas doe. Then, need to do something at that dorm. SO, aku decide letak tema hitam putih. Then susunan katil ikut fengshui HAHAHAHA. But, serius doe, form1 tahun ni memang mintak flying header kick dari semua budak-budak senior, sebab memang betul2 tidak sopan, like hell oooo. Ada sorang nih dipukul oleh sorang budak form2 pastuh buat2 hilang ingatan, then tunjuk ubat hilang ingatan dengan semput dia. ADA PULAK UBAT HILANG INGATAN ?????????????? Well, aku ni paling senior sebab satu2nya tingkatan enam atas yang ada kat hostel ni, maka, aku decide untuk semua orang calm down and tunggu sampai dua bulan, kalau diorang semua form1 niyh still buat hal, we need to do sumthing. Haih...


NGAKU LA WEYH KORANG BERDUA !!!


Kemudiannya, ada dua orang budak perempuan aspuri memang ntah pape, madah nak marah dengan aku gile2, well, apa salah aku pown tak tau weyh. Aku memang btol2 tak sker bila diorang sebok jeling2 kat aku tak kiralah kat tempat prep ke, dewan makan ke, even aku tengah duduk2 dekat kerusi batu sorang2 pown nak lalu lalang depan aku. Demn. Yang budak2 aspuri lak sebok buat citer aku couple dengan diorang, dua2 sekali. Bodoh. Tak nampak ke kitorang gaduh ? Sengal tol. Aku plak malas nak pikir2 sangat, lagi bagus kalau aku pikir pasal STPM hujung tahun ni, aku cakap je diorang berdua ni memang awek aku oleh itu jangan kacau kitorang. Then, aku tengok lepas aku cakap camtu 8 hari lepas, semua macam dah waras balik, takdelah jerit2 nama aku bila nampak diorang (aspura) or jerit2 nama aku bila diorang berdua berjalan (aspuri).


Kolokium plak dah nak start. MUET dapat 133 je. Alhamdulillah, walaupun lagi 7 nak Band 3. Tapi aku takkan mengalah dan akan terus try lagi sampai dapat Band 5. Doakan aku weyh ! Owh ya, aku rasa macam nak jadi ketua group kolokium la. Boleh tak ?

LOVE LIKE WOEE !!!

Till then, LOVE LIKE WOEE !!! WHY ??? BECAUSE ITS AWESOME !!! AND I LOVE AWESOME THING DUDES !!!


notakaki :: aku rasa aku dah syok kat sorang cikgu, ala2 YUNA+HANA TAJIMA+HANIS ZALIKHA doe dia. Ish ! Waddeffak jatuh cinta kat cikgu ? Bodoh punya Ifuays. THE DAY DREAMER ! Well, BIARLAH !

Saturday, January 1, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


2011. Tahun penting untuk aku. STPM akan tiba. Maka, semua kegiatan online akan terhad. Akan bersawang la blog ini tapi aku akan usaha untuk sentiasa update sekerap mungkin. Jadi. beberapa sekatan telah dikenakan juga keatas aku seperti, tiada handphone, tiada keluar malam, masuk penjara asrama, balik 2minggu sekali, duit belanja akan dikurangkan bagi digunakan untuk membeli buku2 rujukan dan beberapa perkara lagi. Aku rasa ini semua untuk kebaikkan aku jadi aku akan buat apa yang sepatutnya aku buat. 

to the right please


notakakitangankusut :: babai semua buat sementara waktu. Doakan aku weyh. Until then, alpha, mike, foxtrot, ADIOS AMIGOS ~