Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Tuesday, December 13, 2011

Passion

Nama saya Sarah, saya suka secawan teh dengan sebatang nikotin sebab mereka sama-sama panas.

Ini passion aku dan kebanyakan orang di luar sana. Tapi ini cerita pasal aku, bukan cerita dia, kau atau mereka. Cuma aku.


Photography atau dalam bahasa melayu adalah lebih dikenli sebagai tulisan cahaya dimana setiap momen mesti ada cerita. Setiap shot yang diambil mesti ada sebab, bukan suka-suka. Bak kata Yunalis Zurai pula, "setiap gambar ada lagu". Mungkin kerana dia seorang artis yang melontarkan suara dia yang lunak dan mendendangkan irama yang indah, sebab tu aku rasa, dia cakap camtu. Tapi setiap orang berbeza, contohnya aku, "setiap gambar ada kisah di sebaliknya".
 
p/s :: esok last paper. here i come FREEDOM !

Sunday, December 11, 2011

Its all about eclipse



aku rasa dalam 6 purnama tak update blog, bila dah update, rasa semangat balik nak ber-blogging. harap-harap masih ada lagi readers yang sanggup baca coretan aku.

semalam gerhana bulan, lots of people talk bout it, but it is a sign, i cant talk to the moon lastnight. its awful coz now i lost someone because last night things. but now i feel great, i feel free. awesome...

so, dalam kepala aku sekarang fikir, cari kerja, cari life, pastu further study setinggi boleh. then i will create a good life :) whos with me ?

p/s :: for god sake, im not smoking. got it ?

Friday, December 9, 2011

Hai Shi Yao Xing Fu

 
Do not kiss if you are unsure for love destroys a person easily 
Be heartless, staying together when love turns pale is cruel
The unwanted you left behind, little by little I will discard them all
I truly wish you will find forever before I do
 
I wish you happiness, do not cause tears to fall from another cheek
All wrongs will end here, do not follow and stay with me forever
Be truly happy, so I know I have return it all
Know I will never be part of your life
 
All this will end when tomorrow comes
Return the duplicate keys to me, meeting again can be simple and pure
I truly wish you will find forever before I 
I wish you happiness, do not cause tears to fall from another cheek
 
All wrongs will end here, do not follow and stay with me forever
Be truly happy, so I know I have return it all
Know I will never be part of your life
 
All this will end when tomorrow come
I wish you happiness, do not cause tears to fall from another cheek
All wrongs will end here, do not follow and stay with me forever
If you are happy, I need not answer the midnight message
 
For you have found a place for your sadness and joy and I may have my pure loneliness
 
The loneliest of the lonely..

-Morning People-

Friday, July 15, 2011

Tawar

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...



Dah lama rasanya tak mempalitkan sebarang entri di sini. Sibuk dalam pelbagai tuntutan hidup dalam mencari kemajuan yang dapat meningkatkan kualiti hidup. Sekarang, semua readers sudah tawar hati bahana sang blogger terlalu berkurun lamanya menyepikan diri.

notakaki :: blogger belum mati lagi ok.

Monday, April 25, 2011

Oh

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...






Lama gila tak on blog jadah ni. Siyes bz ntah knape, rasa bosan sangat bila time2 terluang, tak dapat diisi dengan blog typing... Well, kemudahan aku kat sini terhad, dan aku malas bawa laptop aku, sebab kalau kantoi payah, lagi-lagi bila dah tinggal satu je laptopnya ...


Aku nak sangat selalu update blog aku supaya dapat up traffic, malangnya masa memang takde, tapi aku rasa, memang takde orang nak baca sangat blog aku... Haih...


Sekarang dah nak exam, well, kena la bahagi2 masa dengan baik..


notakaki :: semakin lama semakin jarang update, sorry readers. aku akan try curi masa untuk blog aku ni :)

Saturday, April 16, 2011

Celah Langit

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...


Semua orang aku perhatikan, sibuk dengan hal mereka masing-masing. Satu lumrah, kata orang " jangan sebok kain orang lain". Well, aku rasa itu salah, sebab, belum tentu lagi semua orang mahu sendirian, bahkan, ada di antara mereka sangat dahagakan perhatian. So, apa salahnya kita "sibuk dengan kain diorang" ?

Tapi ada satu hal yang buat aku geram, aku nak tolong dia, tapi, dia boleh cakap, jangan sibuk boleh tak, tapi masalahnya, aku tau, camne nak selesaikan masalah dia tu. Tapi tak kesah la, sebab bukan dia je yang aku boleh tolong, ramai lagi kowt.

Pertolongan tak perlu balasan, cuma perlu dihargai, kalau hati, boleh dicintai, boleh dicuri, dan juga boleh disakiti, tapi tak boleh diberi sesuka hati (kecuali derma organ hati tu.) Tapi, aku rasa, aku nak beri hati aku pada sesuatu yang boleh buat aku rasa tenang, setenang sewaktu aku dekat dengan-Nya. Tapi, aku rasa macam nak lagi, nak lagi rasa tenang tu, dengan apa aku tak tau, yang pasti bukan dadah or rokok macam ada sesetengah orang fikir. Aku bukan macam tu. Mungkin dengan teruskan kegilaan aku tangkap gambar yang aku rasa aku sorang je boleh explain gambar-gambar tu. Haha

notakaki :: bila tengah bosan, merepek merapu jadi taruhan. Terima kasih siapa2 yang baca, ada cadangan tak nak hilangkan bosan ? sila komen ok :)

Tuesday, April 12, 2011

Yuna Inspired :)

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Semua orang yang berjaya boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk kita juga berjaya, walaupun tak seperti dia, at least berjaya. maka, aku rasa, si comel ni mampu menjadi sang winner sebab... aku tak tau sebabnya, aku cuma rasa. 

Well, her name is Syafiqah Rosli a.k.a. PIPI. Well, dia cute, haha. tapi awak lagi cute tau


notakaki :: aku tengah susah amat mahu update ini blog, ada masalah sikit, harap maklum :0

Saturday, April 2, 2011

Objek Asing

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...




Kau pernah rasa bila saat kau rindukan seseorang, dan tiba-tiba perasaan itu makin lama, makin kuat, buat kau rasa sesak nafas, tak selesa, gelisah, tak tentu hala, dan kau mesti akan buat sesuatu untuk hilangkan perasaan tu, sebab ianya sangat tidak menggembirakan, walhal, itu menunjukkan bahawa kau punya perasaan yang susah untuk digambarkan dan orang yang kau punya perasaan terhadapnya akan gembira bila mengetahuinya.


Itu aku gelar, objek asing...


Aku pernah rindukan seseorang, aku rindukan perasaan itu, tapi sekarang, aku rindukan dia seorang sahaja, tapi aku tak mahu kehilangan perasaan ini, sebab dia buat aku rasa seperti manusia semula, punya perasaan, seperti sayang, rindu, kasih, cinta dan etc. Tapi aku rasa, tak semua orang malang macam aku. Semua sentiasa akan dapat seseorang yang boleh kongsi perasaan, tapi aku tak, sebab aku kongsi dengan blog aku. Dengan reader2 yang aku rasa, tak perlu ditambah dengan "s" untuk reader itu...


Itu aku gelar, objek asing...


Tercetus pemikiran asing dalam kotak fikiran
Membuat hati jadi histeria
Kenapa mesti rasa terasing dengan orang lain
Sebab bukankan kita tinggal di dunia dengan ramai manusia
Namun harus sedar
Bukan semua orang akan ambil kisah pasal orang lain
Bukan semua orang akan peduli masalah orang lain
Bukan semua orang mampu betulkan kesalahan orang lain
Tapi
Semua orang ada masalah, ada kesalahan, ada kisah tersendiri
Maka
Siapa yang bertanggungjawab untuk mengambil peduli
Siapa yang bertanggungjawab untuk dengar masalah
Siapa yang bertanggungjawab membetulkan kesalahan itu


Orang asing kah ?


notakaki :: saat semua benda di dunia berputar mengikut orbit dan paksi, aku masih berharap, aku mampu kehadapan dengan pantas...sebab keadaan sekarang buat aku lemas...

Friday, April 1, 2011

Selamat Pagi

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...


Good morning world. Its saturday and its sucks day ! Hope all of you will have a nice day... not like me...


notakaki :: banyak aktiviti, demmit.

Tranquility

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...


Its hard to say when we are in unstable. We cant speak sincerely. Its lie. So, lets tell the truth... when i found my tranquility... soon...


notakaki :: baru balik hostel, langsung tak tenteram, entah kenapa...

Thursday, March 17, 2011

Selamat Pagi

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...






Bangun pagi di hospital, bau ubat, orang ramai, doktor ramai, jururawat cun-cun pown ramai. Ramai yang muda-muda plak tu, tapi ada sorang doktor ni, aku rasa muda lagi, tapi perut dia besar, well, Dr. Hayati, walaupun perut dia macam tu, masih lagi jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.


Well, aku kat hospital jaga atok aku, sakit ulser perut. Ini pasal pagi semalam. So, pepagi camni, aku turun bawah, buka lappy, tengok apa yang ada, ushar mana yang sempat, komen mana yang rasa perlu, dan dengar lagu sambil minum kopi dan makan roti bakar. Tiba-tiba, ada seorang jururawat, cun doe, datang dan cakap,


"sorang je, jaga atok kan ?, baguslah, baik awak ni, nak makan sama-sama boleh ? Buat apa je kat laptop tuh. Saya tak kacau kan..."


Aku bingung la, then lepas dia makan, dia bayarkan, terus dia blah. Aku pelik gila, ntah sape-sape. Tapi aku tak tunjuk la depan-depan. Kang dia kata aku sombong plak. Well, aku jadi bingung sekejap, then aku tanya atok aku, lepas aku naik atas la... atok aku cakap, orang kampung gak tu.


Patot la dia kenal. Well, sorry, aku tak kenal kaw la... atok aku cakap nama dia Ira. lebih kurang la... So, mood pagi-pagi camni, aku harap dia datang tegur aku lagi, tapi takde la plak.. haha


notakaki :: aku dah addict dengan kopi hospital, apa diorang ni semua bubuh dadah ke apa...demmit

Tuesday, March 15, 2011

BOSAN     bosan   bosan       bosan    bosan        bosan      bosan    BOSAN




notakaki :: macam mana nak hilangkan kebosanan ? arrrghhh...

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


Sudah sekian lama bermuram durja
akibat dari berukband durjana
keluh kesah hampir sepurnama
bahana problem berukband angkara
bait kiasan bak orang histeria
bila berukband pulih sediakala
namun hati masih belum riangnya
mengenang blog masih belum ada entri barunya


Aku rasa sedih bila dapat tahu, berukband aku jahanam, memang rasa nak maki sana sini walau aku tahu takde faedah maki maki ni. Memandangkan ibu aku melihat perihal anaknya seperti kambing mencari bidan untuk beranak, ibu aku dengan sangat penyayangnya terus hantar kedai berukband aku tu. Bila dah pulih, tak buang masa, terus aku pergi blog untuk diupdate. Bukan apa, bimbang rating jatuh (walaupun memang takde sangat orang nak bukak).


Orang sibuk bercuti, aku plak kelas memanjang, demmit. Tapi aku tak kisah, untuk berjaya mesti la perlukan pengorbanan kan ? So, you can do it bebeh..


notakaki :: gua lapar, ada sape nak teman gua makan meggi ? sorry la, sekarang tengah gian meggi. so meggi je ada. till next time, babai

Saturday, March 12, 2011

Asing

Bismillahirrahmannirrahim... Assalamualaikum w.b.t...


"True photographers dont just take pictures..they make pictures..take and make is a two different things..take is ambik and make is buat..so ambik and buat is tak sama you know? so i don wan to speak long-long before you olls go gelong..kongklusion is,let the photo below talk to you itself..if you dont paham jgk,there must be some miscommunikesyen..thats why pentingnya english edukaysyiennn ye nokk nook sekalien" -Ell Zulkarnain-


Ditankap direman di asrama empat belas hari
bagai orang gila, menari nari
tapi kini aku dah bebas berlari
mencari ketenangan bersama sang biri biri
10 orang anak keling main kejar-kejar rerama,
Sorang mati dilanggar treler laju.
Sudah dua minggu aku direman di asrama,
kini aku bebas dengan jaminan rm2000 selama seminggu.


Kenapa aku madah mention about reman. Kau tahu ke apa itu reman. Aku rasa kau faham, tapi tak tau. Konnferm. Ini adalah kerana, sudah dua orang gangster dah kena buang dari asrama gara-gara terbang fly menyaksikan perlawanan orang menendang benda bulat kesana-kesini. Maka, aku telah diambil keterangan, dan aku dengan panjang lebar menerangkan, "sorry, gua tak tau la". Well, lebih kurang gitu la tutur bicaranya. So, aku dah safe. Namun, aku rasa, lepasni, mesti aku akan jadi candidate untuk ditemuramah bila-bila masa berkenaan gejala sosial yang berlaku di asrama yang kian meruncing gamaknya. Cis bedebah.


notakaki :: gua dah balik, buka blog, rating jatuh, demmit !!

Saturday, February 26, 2011

친구 - Friends

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...

Them. Kenawar, walaupun ada sorang sesat :) . teehee~

In a comparison of personal relationships, friendship is considered to be closer than association, although there is a range of degrees of intimacy in both friendships and associations. Friendship and association can be thought of as spanning across the same continuum. The study of friendship is included in the fields of socialogy, social psychology, antrophology, philosophy, and zoology. Various academic theories of friendship have been proposed, among which are social exchange theory, equity theory, relational dialetics, and attachment styles.

Tapi bagi aku, aku rasa, kawan adalah golongan terpenting dalam hidup seseorang individu. Melalui kawan kita boleh tahu seseorang tu macam mana. Kalau baik, baik la individu itu, begitu juga sebaliknya. Dan, aku, aku ada kawan yang paling hebat di cakerawala ini, dan aku bangga ada diorang. Well, aku shorlistkan nama2 diorang::
Amirul Amir, Haziq Dhiya', Afifee, Syafiq, Syazwan, Asyraf, Azlan, Safwan, Afif, Huzairi, Syamil, Syihab, Fadlee, Ainul, Lokman, Fethi, Safwa, Aqira, Maizatul, Safiqa, Fadhleen, Fatin, Faridah, Naemah, Filzah. (kalau takde tu aku rasa aku lupa laa.)

Well, friend, our destination is still far away, to achieve that something we have been dream is right in our path, so, do it well, than we will get thing that we want, insya-Allah. Good luck friends...

notakaki :: gua rasa gua dah ada kawan terbaik, lu orang ?

Friday, February 25, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


Aku dah balik. Lepas 3 kurun minggu aku kat asrama tuh, akhirnya aku terbang bebas semula. Hello world !

notakaki:: kaw tengah buad apa tuh?

Sunday, February 6, 2011

Celaka

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

Ini adik aku, dia kacak winsome

Well, aku nak kena balik hostel, memang malas, tapi, aku kena balik juga, sebab aku masih belum capai apa yang aku angankan. Persetan kemalasan, nah aku datang asrama.

notakaki :: naik apa balik asrama ?

Thursday, February 3, 2011

Lagi

Bismilahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...




Tangan di atas kepala saya berfikir apa lagi yang boleh menjadi salah? 
Akan tinggal di tempat tidur, bagaimana mungkin sehari begitu lama? 
Tidak pernah percaya bahawa sesuatu terjadi kerana suatu alasan 
Tapi bagaimana hal ini ternyata, kamu memindahkan semua keraguan aku, aku percaya 
Bahawa untuk kamu aku akan melakukannya lagi 
Melakukannya lagi
Semua yang telah aku lalui, membawa aku kepada kamu 
Maka aku melakukannya lagi 
Untuk kamu


Aku terlepas kereta api pertama, berdiri di hujan, sepanjang hari 
Sedikit yang aku tahu 
Ketika aku menaiki kereta api berikutnya,dan disitu kamu ada dan menghalau aku pergi 
Menduga bahawa itulah apa yang aku tunggu 
Jangan pernah percaya bahawa sesuatu terjadi kerana suatu alasan 
Tapi bagaimana hal ini ternyata, anda memindahkan semua keraguan saya, saya percaya 
Bahawa untuk kamu aku akan melakukannya lagi 
Melakukannya lagi 
Semua yang telah aku lalui, membawa aku kepada kamu 
Maka aku melakukannya lagi 
Untuk kamu
 

(Ohh) Siapa yang pernah terfikir sehari menjadi kepada sesuatu yang salah, akan berubah begitu cantik Aku lega aku menjumpai kamu 
Walaupun hari berlalu dengan salah, aku takkan mengubah sesuatu (yeah, yeah, oh aku akan melakukannya) 
Aku akan melakukannya lagi 
Lakukan lagi 
Semua Aku pergi melalui, membawa saya kepada anda 
Jadi aku akan melakukannya lagi (yeah, yeah ohh) 
Aku akan melakukannya lagi (aku akan lakukan menyeluruh, aku akan lakukan menyeluruh) 
Lakukan lagi (aku melakukannya di seluruh untuk kamu, untuk kamu) 
Semua yang telah aku lalui, membawa aku kepada kamu (semua yang telah aku lalui, itu telah ia membawa aku kepada kamu) jadi aku tetap akan melakukannya lagi (lagi...)

Siapa yang pernah terfikir sehari berlalu dengan salah, boleh berubah begitu cantik ohh

Siapa yang pernah terfikir sehari berlalu dengan salah, boleh berubah jadi indah


Hey engkau, Engkau akan lakukan untuk dia lagi ? Think again and again yaw...


notakaki :: bahasa aku teruk ke ? tapi aku translate bulat-bulat, maaf kalau sulit. dah pagi, morning. jom breakfast. babai~

귀여운

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...


Tajuk entri membawa maksud cute atau adjektifnya winsome atau grumbling dan etc. well, aku malas.


ini lah homo-sapiennya~

Aku rasa, dia cute sebab, dia cakap dia tak cute walaupun dia cute sebenarnya dan aku rasa nada suara dia turut membuktikan dia seorang yang cute dan dari gaya percakapannya turut mendedahkan dia seorang yang cute juga dari dalam. Oleh yang demikian, aku rasa dia layak menerima gelaran sang CUTEST.

Weyh, engkau rasa engkau cute ? Think about it yaw...

notakaki :: nama orang ni A***** A****. Aku dah mengantuk, babi babai...=____=

Wednesday, February 2, 2011

Stranger

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...




Kadang-kadang, bahkan orang yang kau cintai tidak membuat kau tersenyum. Ironisnya, orang yang membuat kau tersenyum, tertawa dan bahagia adalah bukan orang yang kau cintai. Fikirkan dengan lebih bijaksana. 


Jadi, kau tengah senyum kah ?


notakaki :: senyum boleh berjangkit, bila semua orang senyum dunia tiada penyakit. senyum !

Aku Dan Roh-Roh Jahat

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...



Siapa pernah nampak roh-roh jahat ? 

Well, aku pernah. Dan dari kilasan bayang-bayangnya, aku rasa, dia tak kacau orang. Cuma bercanda. Tapi, kenapa sampai berbekas tangan aku ni, warna darah. Pekat. Well, biarkan, tak menyakitkan pown.

Kaw pernah nampak ?

notakaki :: sakit doe tangan aku jatuh. grrrr...

Monday, January 31, 2011

Bini gua bersalin

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


Gambar tiada kaitan dengan entry




Lama gila aku tak update rasanya, sampai ada orang tanya-tanya gak, asal tak update...Pemalas. Tak kowt. Cuma tak tau nak tulis apa. So, kaw rasa sekarang aku dah tau nak tulis apa ???


Cerita pasal 2 minggu aku kat asrama lepas, rasa-rasa biasa je, takde apa yang menarik kecuali beberapa orang telah terpilih untuk menyambung pengajian mereka kat SBP yang tertentu. So, aku harap semua berjaya walau kat mana diorang berada dan untuk yang ditinggalkan, jangan sedih-sedih doe, diorang bukan mati ke apa ke, diorang pergi belajar kat tempat lain je. 


Sekarang tengah cuti sempena GongXiFaChai, maka, sepatutnya cuti kowt ? Tapi... makin banyak kerja ada la, dengan kelas pakat berjam-jam berhari-hari, memang tension gile ! Grrrrrrrrrrrrr, weyh, ada cara hilangkan tension aku ? Tolong roger-roger ok ! Serius perlukan nasihat...!


Oh ya, aku ada beli handphone baru lagi, tapi takde la baru sangat well at least boleh gak aku contact2 ngan mesej2. Tapi tak tau aku nak mesej sape. So, biarlah. Kalau korang nak aku mesej2 korang, kasi tau kaw punye hp number. Aku tak kisah..


So, assigment nak kena buat, jadi, aku berhenti dulu. Panjang gak aku taip... Sape baca sampai habis tepuk tangan sendiri. Tengs


notakaki :: aku rasa sekarang nak makan coklat la. Beryl's ! Korang rasa title tu awesome tak ?

Realiti

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...



Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
picture credit to krisis mesir

Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.




and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(

notakaki ::  tolong sebarkan, trimas~ anda memang berhati mulia.

credit to: sherahxoxo

Friday, January 14, 2011

Gumbira Ulalalala~

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


GAMBAR TIADA KAITAN...WELL,EVENING LA.


Semalam petang dapat keluarkan diri dari asrama yang maha bosan. Banyak benda aku kena buat, well, kena jadi ketua dorm. Haih, malas doe. Then, need to do something at that dorm. SO, aku decide letak tema hitam putih. Then susunan katil ikut fengshui HAHAHAHA. But, serius doe, form1 tahun ni memang mintak flying header kick dari semua budak-budak senior, sebab memang betul2 tidak sopan, like hell oooo. Ada sorang nih dipukul oleh sorang budak form2 pastuh buat2 hilang ingatan, then tunjuk ubat hilang ingatan dengan semput dia. ADA PULAK UBAT HILANG INGATAN ?????????????? Well, aku ni paling senior sebab satu2nya tingkatan enam atas yang ada kat hostel ni, maka, aku decide untuk semua orang calm down and tunggu sampai dua bulan, kalau diorang semua form1 niyh still buat hal, we need to do sumthing. Haih...


NGAKU LA WEYH KORANG BERDUA !!!


Kemudiannya, ada dua orang budak perempuan aspuri memang ntah pape, madah nak marah dengan aku gile2, well, apa salah aku pown tak tau weyh. Aku memang btol2 tak sker bila diorang sebok jeling2 kat aku tak kiralah kat tempat prep ke, dewan makan ke, even aku tengah duduk2 dekat kerusi batu sorang2 pown nak lalu lalang depan aku. Demn. Yang budak2 aspuri lak sebok buat citer aku couple dengan diorang, dua2 sekali. Bodoh. Tak nampak ke kitorang gaduh ? Sengal tol. Aku plak malas nak pikir2 sangat, lagi bagus kalau aku pikir pasal STPM hujung tahun ni, aku cakap je diorang berdua ni memang awek aku oleh itu jangan kacau kitorang. Then, aku tengok lepas aku cakap camtu 8 hari lepas, semua macam dah waras balik, takdelah jerit2 nama aku bila nampak diorang (aspura) or jerit2 nama aku bila diorang berdua berjalan (aspuri).


Kolokium plak dah nak start. MUET dapat 133 je. Alhamdulillah, walaupun lagi 7 nak Band 3. Tapi aku takkan mengalah dan akan terus try lagi sampai dapat Band 5. Doakan aku weyh ! Owh ya, aku rasa macam nak jadi ketua group kolokium la. Boleh tak ?

LOVE LIKE WOEE !!!

Till then, LOVE LIKE WOEE !!! WHY ??? BECAUSE ITS AWESOME !!! AND I LOVE AWESOME THING DUDES !!!


notakaki :: aku rasa aku dah syok kat sorang cikgu, ala2 YUNA+HANA TAJIMA+HANIS ZALIKHA doe dia. Ish ! Waddeffak jatuh cinta kat cikgu ? Bodoh punya Ifuays. THE DAY DREAMER ! Well, BIARLAH !

Saturday, January 1, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...


2011. Tahun penting untuk aku. STPM akan tiba. Maka, semua kegiatan online akan terhad. Akan bersawang la blog ini tapi aku akan usaha untuk sentiasa update sekerap mungkin. Jadi. beberapa sekatan telah dikenakan juga keatas aku seperti, tiada handphone, tiada keluar malam, masuk penjara asrama, balik 2minggu sekali, duit belanja akan dikurangkan bagi digunakan untuk membeli buku2 rujukan dan beberapa perkara lagi. Aku rasa ini semua untuk kebaikkan aku jadi aku akan buat apa yang sepatutnya aku buat. 

to the right please


notakakitangankusut :: babai semua buat sementara waktu. Doakan aku weyh. Until then, alpha, mike, foxtrot, ADIOS AMIGOS ~